Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Friday, September 30, 2011

Karomah Abah Anom 25


Mimpi Nabi Isa A.S , akhirnya jadi murid Abah

Kira-kira pada awal tahun 2000, Masjid Khadijah di Singapur di datangi Ikhwan dari Jakarta dan beliau di beri peluang untuk menceritakan asal usulnya dan bagaimana akhirnya jadi ikhwan atau murid Abah. Nama dan identiti penting beliau tidak dapat kami umumkan disini. Beliau berkata...lebih kurang maknanya :

Saya berasal dari keluarga India yang kuat mengamalkan agama Hindu di Jakarta. Saya mempunyai nasib yang baik sebab tiap kali para sama ber 'istikharah' untuk memilih dan melantik tukang buat patung ( tuhan ) , nama saya yang selalu keluar. Sehingga banyak kuil-kuil di Jakarta , saya yang buat. Saya lah orangnya yang tahu bagaimana untuk mencorak tubuh patung sembahan itu , bagaimana jarinya, yang tergengam , yang terbuka, giginya yang mana satu di taring kan dan yang mana satu di ratakan.........semuanya ada makna yang dalam , mengikut kepercayaan orang Hindu.

Agama tidak pernah menjadi keraguan dalam hidup saya sehingga detik dan waktu bila ayahanda kami meninggal dunia, saya lah anak yang sulong yang harus mula meletakkan api untuk membakar jasad ayahanda kami. Selepas upacara pembakaran, saya mula meragui agama Hindu, jiwa saya mula tertanya-tanya sehingga kebingungan, bingung yang amat sangat. Pada ketika itu saya memohon dengan Tuhan Semesta Alam untuk menunjukkan jalan keluar bagi pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat dijawab. Dalam agama Hindu, Tuhan Semesta Alam itu adalah tuhan yang paling Agung dan dialah yang menjaga semua ratusan tuhan. Tuhan Semesta Alam ini , mengikut agama Islam ialah Allah SWT.

Selepas bermohon kepada Tuhan Semesta Alam, jiwa saya rasa tenang sedikit tetapi pertanyaan-pertanyaan dari jiwa masih belum terjawab. Akhirnya saya tinggalkan agama Hindu kerana merancang untuk mengkaji agama lain. Saya berniat untuk kaji agama Buddha & Kristian , tetapi tidak terlintas untuk mengkaji agama Islam sebab perbuatan orang Islam sudah cukup membuktikan kesesatan mereka. Jauh sekali agama Islam dalam senarai kajian saya.

Saya masuk ke agama Buddha agar lebih jelas memahami ajarannya sekian lamanya, namun pertanyaan dari jiwa saya masih belum terjawab. Kemudian saya masuk agama Kristian, sekian lamanya tetapi kegelisahan dalam jiwa masih ada. Saya mula bingung semula selepas kedua-dua agama ini tidak memberikan kepuasan dalam hidup saya. Saya mohon kepada Yesus agar berikan pertolongan terhadap masalah yang merosakkan hidup saya ini.

Pada satu malam yang indah saya bermimpi Nabi Isa a.s datang dalam mimpi saya. Baginda seolah-olah memahami apa yang menimpa saya, baginda menghampiri saya dan langsung memegang dada saya dan membacakan sesuatu yang saya tidak dapat memahaminya. Ketika itu saya terasa tenang dan bahagia sehingga air mata menintis...seolah-olah baginda memasukkan cahaya itu ke dalam dada saya. Belum sempat saya ucapkan terimakasih kepada baginda, baginda telah pergi tanpa menyebut satu perkataan atau satu pesanan pun kepada saya.

Apabila saya bangun, saya menangis kerana ketenangan yang sangat dekat itu terasa jauh, pasti akan hilang, dan pasti bingung akan datang lagi. Saya bertekad untuk melihat kepada kefahaman orang Islam mengenai Nabi Isa ini, disinilah saya mula memandang agama Islam. Selepas beberapa kajian dan beberapa tahun saya masuk agama Islam. Saya merasakan ada sesuatu dalam agama ini yang boleh menjawab atau menenangkan jiwa , tapi masih tidak ketemu sekian lamanya, sehingga teman saya yang bantu memasukkan saya ke agama Islam ini berpesan kepada saya bahawa..' jangan masuk ke masjid lain untuk solat, hanya masjid ini sahaja Islam...' Nah , disini saya tersentak dan mula bertanya kepada orang lain... kenapa ada perbedaan antara masjid ini dan masjid lain...baru saya tahu yang saya sudah termasuk ke agama Qadyani ( Ahmadiyyah ), akhirnya saya tinggalkan kepercayaan yang dipulaukan oleh seluruh umat Islam Indonesia dan langsung mencampuri mainstreamnya.

Pada hari dan langkah pertama saya untuk masuk ke masjid mainstream, saya di takdirkan Allah masuk ke masjid yang sedang berzikir dengan suara yang keras tetapi sistematik, nadah mereka serentak dan sepadu. Ketika mendengar zikir itu hati saya bergelojak hidup semula , timbul ketenangan yang kuat, ketenangan yang sama saya pernah lalui dalam mimpi satu ketika dahulu dengan Nabi Isa. as. Sejurus selepas zikrullah, saya langsung bertemu dengan pimpinan zikir itu dan dia anjurkan saya bertemu dengan guru mereka.

Apabila saya bertemu guru mereka, itulah detik yang sangat manis dalam hidup saya , seolah beliau itu bapa saya, begitu mesra dan penuh dengan kecintaan. Itulah dia Abah Anom, saya ambil baiat dengan beliau dan saya mohon agar Abah mendoakan keluarga saya yang sangat kuat berpegang dengan ajaran Hindu. Selepas beberapa tahun, terbukti doa Abah sangat mustajab, hampir semua adik beradik saya (yang keras berpegang dengan ajaran Hindu ) sudah muslim melainkan ibu saya yang masih belum pada hari ini . Saya bersyukur kepada Allah kerana telah menjawab permohonan saya sehingga bertemu dengan agama yang betul di tangan seorang yang sangat betul dalam hal kerohaniannya. Profesi saya sekarang bisnes dengan permaidani dengan buatan tangan sehingga berkat doa Abah , saya mempunyai kilang untuk menguruskan perdagangan ini, dan bisa mengirim ke Masjid Khadijah ini.

Saya makin diperlihatkan karomah Abah setiap hari dan ramai jugak masuk Islam di tangan beliau. Sebelum saya ke sini, Abah berseloroh dengan saya, katanya,...kamu ini dulu membuat sembahan orang ( patung ), sekarang ini juga masih membuat bahagian dari sembahan orang ( sejadah ).....!

Selepas mengamalkan zikrullah hati saya makin tenang syukur dan saya ingin berpesan kepada para ikhwan Singapur, walaupun berjauhan dengan Abah, tapi dengan rajin beramal, pasti tercapai ketenangan yang sama.....saya dapat melihat sekarang ini bahawa agama selain Islam bukanlah sesat tetapi tidak complete, apabila orang Hindu jumpa saya dan mereka marah-marah kepada saya sebab meninggalkan agama mereka, saya katakan kepada mereka...... saya tidak tinggalkan agama Hindu tetapi saya upgrade kan agama saya dengan mengikuti agama Islam. Ini yang di ajarkan Abah kepada saya.- Sekian ringkas taklimat beliau.

Gambar sisipan adalah gambar permaidani di Masjid Khadijah yang ditempah buatan tangan dari Jakarta dari hasil usahanya.

Semoga Allah swt membukakan pintu hati mereka-mereka yang mencari kebenaran dan jalan kerohaniannya.

Sunday, September 25, 2011

Karomah Abah Anom 24


Seekor Ikan Keluar Dari Cawan Kopi

Cerita ini alfaqir perolehi dari seorang ikhwan Singapur bernama Sheikh Alwi Bin Sheikh Ali pada tahun 1996. Beliau menceritakan bahawa pernah satu ketika Abah di datangi seorang kiyai yang ada ilmu sakti beliau menunjukkan kesaktiannya kepada Abah, tapi dapat di aman kan oleh Abah.

Pak Kiyai ini mencabar Abah untuk mengeluarkan sakti, namun Abah merendah diri, tetapi dia masih meminta-minta, lalu Abah tanya apa yang dia mahukan, Kiyai ini berkata 'seekor' ikan. Lalu Abah mengisyaratkan dengan tangannya seolah-olah beliau memancing ikan di hadapannya, maka keluarlah se ekor ikan dari cawan kopinya Pak Kiyai ini. Ketika itu Pak Kiyai tercegak dan terbeliak matanya kurang percaya apabila melihat seekor ikan tersebut mengelitik-gelitik keluar dari cawan yang dia sendiri memintanya. Kemudian timbul keinsafan dalam diri Pak Kiyai ini dan mohon dari Abah agar ajarkan kepadanya ilmu tersebut, maka Abah memberikan baiáh zikir kepadanya.

Gambar sisipan adalah ilusteri belaka.

Semoga Allah SWT merahmati semua para mursyid yang meneruskan memikul amanah 'cahaya haqiqah' dari satu jenerasi ke satu jenerasi yang lain.

Saturday, September 24, 2011

Karomah Abah Anom 23

Rombongan Ulama Datang Ke Abah Untuk Mencuba

Manqabah ini bersumberkan dari seorang ikhwan yang tidak mahu dikenali di blog ini. Beliau adalah murid Abah di Singapur , antara yang paling banyak melihat karomah Abah dengan mata kepalanya sendiri secara langsung dan bukan hanya menerusi mendengar dari orang lain.

Sehingga beliau tidak mempunyai ruang dalam dirinya yang mengkhuatiri kewalian Abah walaupun banyak para guru yang hebat-hebat beliau telah ketemui sejak zaman mudanya.

Selepas pemergian Abah, kita tidak seharusnya bersedih terus-terusan, malah kita seharusnya bersyukur kepada Allah terus-terusan dimana Allah sempat menemukan dalam hidup kita seorang 'wira' Nya yang sangat hebat ini, dan lebih dari itu belajar dan ambil zikrullah darinya.

Kejadian ini berlaku beberapa tahun sebelum tahun 1995 dimana Abah mula uzur . Rombongan itu terdiri dari para ulama / kiyai kebanyakanya dari Bandung dan juga dari berbagai tempat, kelihatan mereka sudah menyiapkan soalan-soalan masing-masing untuk ditanyakan kepada Abah, masalah-masalah fiqih dan sebagainya- yang rumit-rumit dan payah-payah agar Abah tidak berdaya menjawabnya selepas ditanya dan mereka merakamkannya, dengan ini sekaligus mereka boleh menjatuhkan intellektual Abah dan menyebarkannya. Bilangan mereka yang ada dalam rombongan ini kurang sedikit dari 100 orang.

Wakil dari rombongan ini memulakan kata-kata indah apabila sudah sampai berhadapan dengan Abah di Madrasah Suryalaya. Kata-katanya manis bak madu yang tumpah... bagaikan pembuka tirai bersilaturahim. Selepas itu Abah menyambut kata-kata aluan mereka, Abah turut menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka dan Abah jua turut perihatin maksud mereka ke Suryalaya .

Abah mengatakan bahawa ‘Abah masih belajar’ dan Abah mengamalkan apa yang diajar oleh ayahandanya. Suasana tegang bertukar jadi hening dan terharu hanya dengan beberapa kata-kata Abah yang merendah diri itu, mereka kelihatan melinangkan air mata mendengar ucapan Abah yang merendah diri, akhirnya mereka semua menangis dan minta Abah baiátkan zikir. Pada awalnya mereka bersemangat untuk bertanya dengan niat yang tidak baik tetapi bertukar menjadi insaf dan taubat.

Kejadian seperti ini sama persis berlaku pada zaman Tuan Sheikh Abdul Qodir Jailani qs apabila beliau didatangi 100 ulama dari Baghdad dengan niat mencuba kefahaman agamanya, Tuan Sheikh menjawab semua soalan-soalan mereka satu persatu sebelum mereka mula membuka mulut untuk bertanya. Nah, disini terlihat cara yang sama berlaku antara Abah dan Tuan Sheikh hanya Abah bertindak dengan cara yang berlainan dari cara Tuan Sheikh kerana beliau mengambil sikap merendah dirinya dengan Tuan Sheikh .

Semoga Allah SWT mencururi rahmat dan KeredhaanNya kepada Abah dan para wakilnya, kerana telah berpenat lelah dan bersusah payah membimbing umat ke jalan yang diredhaiNya.

Gambar sisipan adalah gambar Madrasah Pondok Pesantren Suryalaya, di mana semua para tetamu Abah di sambutin dan di situ juga mereka yang meminta bai'at akan di bai'atkan.

Friday, September 23, 2011

Karomah Abah Anom 22


PENDEKAR SILAT TERPELANTING

Kami mendapatkan kisah ini dari seorang ikhwan Singapur yang melihat dengan mata kepalanya sendiri kejadian yang sangat ajaib ini. Beliau tidak mengizinkan namanya serta gambarnya di siarkan dalam blog ini.

Kira-kira pada tahun 1972, beliau sedang duduk-duduk bersama teman seorang dua dengan Abah di dalam madrasah, tiba-tiba pintu masuk yang berdekatan dengan tangga naik di tendang dengan sangat kuat sehingga terbuka pintu tersebut. Kata ikhwan ini , saya melihat seorang pendekar yang sangat hebat dan gerun kerana dia memakai pakaian pendekarnya yang lengkap serta benar-benar bersedia untuk menyerang.

Kata beliau, jika dia menuju ke Abah, saya rasa tenang sedikit tetapi jika dia menuju ke arah saya, habis semua cerita....! sambil berjenaka.

Abah dengan tenang menegur saya beserta teman disebelah : 'Ya jangan tengok, tutup matanya ( zikir ) khafi terus, bantu-bantu Abah...'

Pendekar ini kemudian menyeret kakinya kebumi pada setiap langkah kiri dan kanannya sambil membuka jurusan silatnya menuju ke Abah,...baru kami tahu bahawa dia memang berniat untuk menyerang Abah, tapi Abah dengan tenang duduk di tempatnya bersila sambil mengingatkan ikhwan untuk teruskan zikir khafinya.

Apabila, si pendekar ini dekat pada Abah kira jarak lagi 6 atau 7 langkah lagi, beliau terpelanting ke belakang dan jatuh rebah. Pendekar ini bangun semula dan membuat serangan keduanya, namun apabila sambil di lokasi yang sama tadi, beliau terpelanting ke belakang lagi. Semangatnya kuat dan buat kali ketiganya beliau bangun dan menguatkan jurusannya agat tidak gagal lagi. Apabila sampai ke lokasi atau garisan tadi, beliau terpelanting lagi dan terus pengsan.

Suasana sangat tengang tetapi zikir khafi sangat menenangkan. Abah memanggil petugas madrasah Almarhum Wak Din ( beliau juga adalah bekas pesilat dan berbadan besar yang telah berkhidmat dengan Abah sekian lamanya) untuk mengambil air untuk Abah membacakan dan untuk disapukan air tersebut ke muka pendekar yang pengsan itu. Sebaik sahaja pendekar itu di sapu Wak Din dengan air tersebut, beliau tersedar dari pengsannya dan terus menangis meminta ampun kepada Abah dan menyerah diri untuk menjadi murid Abah. Kemudian Abah mentalqinkannya zikir dan beliau menjadi ikhwan. Kurang pasti samada beliau ini masih hidup atau sudah pulang kerahmatullah.

Semoga Allah swt membantu terus kepada para hambaNya yang menjalankan amanah untuk hidupkan amalan zikrullah yang diperolehi secara tradisi ini dari satu guru ke satu guru sehingga ke Kanjeng Nabi S.A.W yang kami cintai, Ameen...... inilah dia 'sunnah' yang kita pertaruhkan pada akhir zaman...bukan mazahirnya sahaja tetapi jawahirnya.

Gambar sisipan adalah ilusteri sahaja bukan sebenarnya.

Karomah Abah Anom 21


Cara Abah Berjampi Air Sangat Unik

Ramai yang telah berkunjungan ke Abah di Suryalaya dapat melihat bagaimana Abah membaca jampinya ( ruqyah ) ke atas air yang di hajatkan sesuatu. Malah para jamaah beratur dengan barisan yang panjang untuk mendapatkan barokah jampiannya yang sangat unik.

Kebanyakkan waktu jampinya sangat cepat, mungkin beliau menggunakan ilmu ma'rifahnya dalam mengisikan air untuk diberkatin. Apabila gelas atau cawan yang di hadapkan di hadapan Abah, Abah hanya setakat memegang bibir cawan sahaja , kemudian beliau katakan ''udah'', sebagai tanda selesai dan pemohon boleh beredar untuk memberi lalun kepada yang lain.

Ada yang dari jauh belum sampai di hadapannya, beliau isyaratkan dengan tangannya sambil dikatakan ''udah'', ada pula yang datang dekat lalu di celupin jari telunjuknya dan ada juga yang dibacakan sesuatu dengan agak lama sedikit.

Dalam tahun 2001, alfaqir pernah berjunjungan ke Abah dan berpeluang untuk memberi Abah segelas susu untuk dibacakan atas niat tabaruk dalam thoriq, maka beliau membacanya sehingga hampir 15 minit lamanya, yang aneh tiada orang yang berhajat ketika itu untuk berjumpa dengan Abah.

Teknik-teknik ruqyah Abah ini sangat terkenal sehingga menjadi cerita-cerita di bibir para murid. Namun masih juga ada individu-individu yang kurang senang dengan cara Abah berjampi demikian.

Di khabarkan kepada alfaqir oleh seortang ikhwan yang enggan nama dan gambarnya disiarkan dalam blog ini, sebaik sahaja beliau pulang dari menziarahi Abah, ada kejadian berlaku.

"Ada seorang yang datang ke Suryalaya berhajat untuk minta dari Abah untuk di bacakan dalam botol airnya. Abah tunaikan hajatnya selepas mendengar permohonannya dengan hanya memegang bibir botol itu dengan mengatakan "udah''.

Si fulan ini, mungkin kali pertama melihat Abah jampi air, bersungut dan tidak senang dengan cara Abah itu. Seolah-olah mencurigai sambil merasakan apa yang dibacakan,...apa yang dilakukan, ngak ada apa-apa...! Lalu beliau selepas keluar dari Madrasah Suryalaya berjalan di lorong-lorong itu terlihat banyak kolam ikan...di tuangnya air dalam botol yang telah di jampikan Abah itu dengan merasakan ngak ada apa-apa air ini..hanya memegang botol 1, 2 saat.....'

Tidak lama kemudian, beliau datang semula ke kolam yang sudah dikeromoni orang kerana mereka melihat ikan-ikan dalam kolam tersebut timbul mati.

Baru beliau tahu betapa kuatnya jampian tersebut. Amanah manusia tidak bisa di angkat oleh haiwan, malah gunung ganang pun ngak bisa...satu renungan buat kita semua.

Semoga Allah SWT merahmati Abah Anom yang telah banyak membantu masyarakat Islam kita semua tanpa jemu-jemu sehingga akhir-akhir umurnya, di atas kerusi roda pun masih demikian.

Gambar yang disisipkan adalah elastrasi sahaja bukan di ambil waktu kejadian.

Wednesday, September 21, 2011

Karomah Abah Anom 20


Pandangan Habib Ali Batu Pahat Terhadap Abah Anom

Satu makluman kami perolehi dari Alfadhil Ustaz Mukhtar Bin Habib ketika beliau berkunjungan ke Batu Pahat menziarahi Almarhum Habib Ali. Almarhum Habib Ali adalah salah seorang wali Allah dan ahli mukasyifiin dari para hambaNya. Alfaqir sendiri sudah tiga kali menziarahi beliau, pada awalnya tahun 1997.

Ramai yang tidak mengenal Habib Ali ini sehingga Almarhum Al-Allamah Habib Omar bin Abdullah Al-Khatib mengkhabarkan kewaliannya kepada para muridnya di Singapura. Selepas kewafatan Habib Omar, barulah para murid berkunjungan ke rumah Habib Ali ini. Nama penuhnya ialah Almarhum Habib Ali bin Jakfar bin Ahmad bin Abdul Qadir Alaydrus

Rumah Habib Ali yang sangat sederhana itu sentiasa penuh dengan para tetamu dari Singapura. Antara karomahnya, apa yang kita bicarakan dalam perjalanan ketika menziarahinya, nanti sesudah berjumpa dengan beliau, selepas beramah mesra, beliau akan membawa perbualan yang seolah-olah menyambung perbualan yang di ucapkan dalam perjalanan.

Almarhum Habib Ali, sangat teliti dan halus perhatiannnya, beliau selalu memilih perkataan yang tepat untuk berbicara agar tidak keterlaluan atau berkurangan dalam ekspresinya.

Di khabarkan kepada kami , bahawa Ustaz Mukhtar apabila meneruskan pengajiannya di Pondok Pesantren Suryalaya, beliau berkunjungan ke Batu Pahat menziarahi Habib Ali untuk mendapatkan doa beliau. Pada tahun 2004 atau 2005, Ustaz Mukhtar ketika pulang bercuti ke tanah air ( Singapura ) , beliau menziarahi Habib Ali lagi. Apabila ditanya oleh Habib Ali mengenai tempat pengajiannya, Ustaz Mukhtar menjawab bahawa beliau belajar di bawah bimbingan Abah Anom. Apabila Habib Ali mendengar nama Abah Anom beliau mengatakan :
" Abah Anom adalah penegak agama Islam'.- tamat kata-kata almarhum habib.

Kata-kata Habib Ali mengembirakan Ustaz Mukhtar kerana Habib Ali sangat teliti orangnya dalam memberikan komentar atau makluman, ditambahkan lagi beliau seorang wali Allah.

Penegak agama Islam dalam istilah Tasauf yang terdekat ialah sebutan 'Muhyiddin'' yang berarti 'Penghidupkan Agama''. Dengan seseorang itu berjaya menghidupkan agama artinya dia telah menegakkan agama, dan jika seseorang itu mematikan nilai-nilai agama artinya dia telah menghancurkan agama.-Alfaqir

Mungkin tak banyak orang yang tahu bahwa Habib Ali Batu Pahat ini dilahirkan di Purwakarta, Jawa Barat, pada tahun 1919. Sebagian keluarganya saat ini juga masih berada di sana.

Tahun 1926, yaitu saat berumur tujuh tahun, ia tiba di Singapura. Tapi hanya sebentar, lalu ia kembali lagi ke Indonesia. Tahun 1929, untuk kedua kalinya ia datang ke Singapura dan kemudian menetap di sana hingga tahun 1942.

Di Singapura, ia tinggal bersama ayah dan kakaknya, Habib Abdul Qadir bin Ja’far Alaydrus, di sebuah rumah di Arab Street. Ketika itu sang kakak barn datang dari Hadhramaut. Berdasarkan cerita yang pernah disampaikan Habib Ali sendiri, kedatangan sang kakak mendapat sambutan yang amat hangat dari penduduk Singapura pada saat itu. Habib Abdul Qadir sendiri wafat di Purwakarta dan dimakamkan di sana.

Tahun 1942, Habib Ali hijrah ke Batu Pahat, Johor, Malaysia sehingga hari wafatnya. Semasa hidupnya di negeri rantaunya yang baru ini, Habib Ali menjadi tempat mengadu berbagai permasalahan banyak orang, temasuk para muslimin Singapura.

Ayah Habib Ali, Habib Ja’far bin Ahmad Alaydrus, datang ke Singapura dari Purwarkarta dan menetap di Negeri Singa itu selama beberapa tahun pada tahun 1930-an dan tinggal di Lorong 30 Geylang. Habib Ja’far kembali ke Hadhramaut pada tahun 1938.
la wafat pada tahun 1976 di kota Tarim. Jenazahnya dimakamkan di Pemakaman Zanbal, berdekatan dengan makam datuknya, Habib Abdullah Alaydrus.

Habib Ali wafat sekitar pukul 17.10 atau 17.15 petang pada hari Kamis 28 Jumadil Awal 1431 atau 13 Mei 2010 dalam usia 91 tahun.

Syed Ibrahim dan Syed Ja’far, keduanya cucu Habib Ali, dari putranya yang bemama Syed Husein, di sampingnya ketika itu. Hari wafatnya ini menjelang lima hari sebelum haul ayahandanya, Habib Ja’far bin Ahmad, yaitu pada 3 Jumadil Akhirah.
Dari saat Habib Ali wafat waktu dimandikan keesokan harinya, jenazahnya tak putus-putus dikunjungi ribuan manusia dari segala penjuru dan lapisan masyarakat, terutama dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Di antara yang hadir menyampaikan ta’ziyahnya pada saat itu adalah Syed Hamid bin Ja’far Al-Bar, mantan menteri luar negeri dan menteri dalam negeri Malaysia.
Begitu juga bacaan Al-Quran, Yaasin, dan tahlil tak putus-putusnya dibacakan hingga jenazahnya usai dimandikan oleh keluarga sekitar pukul 09.30, Jum’at pagi.

Karena begitu banyaknya penta’ziyah yang datang untuk dapat menghadiri prosesi shalat Jenazah, akhirnya jenazah Habib Ali dishalatkan sebanyak dua kali. Pertama, sebagaimana wasiatnya, dishalatkan di dalam rumah, yang diimami oleh Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad Alaydrus, dan kedua di luar rumah, dengan imam Habib Hasan bin Muhammad bin Salim Al-Attas.

Jenazahnya kemudian dimakamkan sebelum shalat Jum’at, 29 Jumadil Awal 1431 H/14 Mei 2010, di Tanah Pekuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Habib Umar bin Hamid AI-Jilani dari Makkah yang membacakan talqin pada saat itu.

Sebahagiannya di rujuk pada : http://ahlulbait.blogdrive.com/archive/o-173.html

Sunday, September 11, 2011

Karomah Abah Anom 19


Berkat Doa Abah - Hidupku Berubah

Manqabah kali ke 19 ini ditulis dengan penuh kesyahduan, jari-jari yang menaib ini tidak secepat semalam, Abah telah meninggalkan kita pada tanggal masehi dimana Pondok Pesantren Suryalaya dibangunkan iaitu 5 September. Telah perginya seorang yang tidak tidur selama 35 tahun pada awal kepimpinannya menjadi khalifah. Telah perginya seorang yang duduk terus menerus di atas kerusinya bersabar dengan fizikalnya selama 16 tahun di akhir hidupnya.

Beberapa tahun yang lalu, seorang pakar perubatan menawarkan perkhidmatannya secara percuma kerana ingin melihat Abah bangun berjalan, namun beliau menggeleng kepalanya sambil berkata : Jantungnya berdenyut bagaikan pemuda 25 tahun tapi fizikalnya lemah selemah seorang yang berumur 300 tahun. Isnin lalu Abah meninggal dunia tanpa sebarang penyakit dalam usia 96 tahun.

Alfaqir mengambil baiáh zikir pada tahun 1982 dalam usia 13 tahun di Maqam Syed Ismail, batu 8 Bukit Timah dengan Almukaram Ustaz Hj Ali di Singapura, tetapi lebih awal dari itu alfaqir sudah bermain-main dirumah beliau di Masjid Muhajirin di mana beliau adalah Imam Eksekutif Pertama atau MRO MUIS pada 1977, kerana mengikut bapa alfaqir Tuan Hj Saleh Khan Surattee yang aktif semasa pembinaan Masjid tersebut sehingga terbina disana dengan Almukaram.

Pada tahun 1983, alfaqir berpeluang ikut berangkat ke Suryalaya dengan keluarga, gembira terasa amat sangat , terutama apabila hajat kita untuk Abah doakan termakbul, sudah banyak terdengar di bibir-bibir para ikhwan hal demikian dan terjadi kemakbulannya, ada yang tak dapat anak, apabila Abah doakan kemudian dapat anak, ada yang sekian lama tak dapat jodoh, bila Abah doakan dapat, dan macam-macam lagi. Dalam bersiap-siap untuk berangkat, alfaqir mencari-cari hajat mana satu yang harus alfaqir tanyakan agar di doakan Abah, masih belum ketemu mungkin kerana usia yang masih muda.

Apabila mula berangkat di airport Changi, abang ipar alfaqir Hj Mohd Tahir yang tidak sempat berangkat sama ke Suryalaya berpesan ke telinga alfaqir,..'Ghouse minta Abah doakan faham bahasa Arab !...Alfaqir terasa gembira dan senang kerana ianya adalah satu permintaan yang sangat sesuai.' Pada ketika itu alfaqir masih di sekolah sekular Whitley Secondary School dan tidak ada sebarang asas dalam bahasa Arab, tetapi telah mula belajar bahasa Arab fe'lu maadhi dan fe'lu mudari dengan Almukaram Ustaz Hj Ali di rumahnya di Bedok Blk 543 ketika itu.

Apabila sudah berada di Suryalaya, alfaqir berpeluang memohon pada Abah agar Abah mendoakan saya agar faham dalam bahasa Arab. Apabila Abah mendengarkan hajat alfaqir itu, beliau terus berkata dengan penuh kegembiraan : 'Waah bagus niat itu', Ye Abah doakan''. Alfaqir turut gembira dengan kegembiraan Abah, kemudian Abah bertanya alfaqir : ''apakah sekarang kamu sedang belajar bahasa Arab ?'Alfaqir menjawab dengan spontan 'Ye dengan Ustaz Ali." Mendengarkan jawabannya Abah bertambah gembira dan menyebutkan... Ábah doakan'.

Selepas 2 tahun dari detik-detik manis itu, alfaqir beranikan diri memohon agar dapat menyertai pengajian di Madrasah Aljunied Al-Islamiah di Singapura - -sebuah sekolah yang sangat terkemuka dalam bahasa Arab yang hanya menerima penyertaan dari murid-murid yang sudah ada asas dalam bahasa arab.

Alhamdulilah, berkat doa Abah, alfaqir diterima untuk menyambung belajar di Madrasah Aljunied tanpa pendidikan asas dalam bahasa arab ketika itu . Satu perkara yang sangat mengkagumkan dan tidak pernah berlaku dalam tradisi Madrasah tersebut. Malah dalam 6 tahun sahaja, alfaqir dapat selesaikan semua peringkat pengajian di madrasah tersebut yang biasanya di lalui murid biasa selama 12 tahun sebelum tamat madrasah.

Berkat doa para solihin ini terbukti, sangat berkesan, apabila dibuka kan kefahaman yang luas dalam bahasa Arab sehingga pada tiap tahun alfaqir menyandang posisi pertama atau kedua di dalam darjah...tidak pernah posisi ketiga,....Alhamdulilah...

Lebih dari itu, alfaqir sangat tersentuh apabila berjaya dapat sambung belajar ke Mesir dengan biasiswa , ke Universiti Al-Azhar dan di terima masuk ke kuliah Lughatul Arabiah -bahasa Arab. Alhamdulilah, ni'mat kebersamaan dengan orang solih, manfaatnya jalan terus hingga ke hari ini dan mendapat pengetahuan dari kitab-kitab Arab secara santai pada hari-hari biasa hari ini...

Semoga Allah mencucuri Rahmat dan KeredhaanNya kepada Abah Anom- Hadratus Sheikh Ahmad Sohibul Wafa' Tajul Arifiin yang telah membantu menyelamatkan jutaan umat dengan doa-doanya serta karomahnya.