Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Sunday, August 26, 2012

Karomah Abah Anom 27

Abah Memantau Para Muridnya Secara Rohani

( Bergambar : Almarhum Ustaz Osman Md Lutfi ditengah-tengah, Hj Yahya di kirinya, Hj Said di kanannya )

Kisah ini saya perolehi dari Tuan Hj Yahya Hanafiah dan di sahkan oleh Ustaz Saifuddin Maulup -wakil Abah dari Negeri Sembilan.

Kisah ini berkait dengan kisah Almarhum Ustaz Osman Mohd Lutfi yang kini telah pulang kerahmatullah. Pada awal-awal waktu selepas Ustaz Osman Mohd Lutfi di lantik menjadi wakil Abah bagi kawasan semenanjung Malaysia, pernah terjadi satu kisah yang benar-benar menunjukkan karomah Abah sebagai guru yang sentiasa memantau gerak geri para muridnya.Ustaz Osman mendapat rekomendasi dari Almukaram Ustaz Hj Ali ( wakil Abah di Singapura ) untuk menjadi wakil Abah di Malaysia, dan diterima oleh Abah.

Ustaz Osman kerana semangatnya yang kuat untuk membebaskan Patani dari cengkaman Thai, beliau pernah menganggotai angkatan organisasi pembebasan bernama P.A.L.O ( Patani Liberation Organisation ).
Hidup beliau penuh dengan perjuangan, apatah lagi selepas menjadi murid Abah beliau makin gigih berjuang sehingga dalam senyapnya dan dalam masa singkat, banyak tempat-tempat zikir dan khataman telah berjaya di buka di Semenanjung Malaysia. Ini satu jasa beliau yang tidak dapat kita ingkari.

Pernah satu ketika Almukaram Ustaz Hj Ali dan beberapa ikhwan Singapur menziarahi Abah di Suryalaya, pada masa itu Ustaz Osman masih di Patani. Sebelum Ust Hj Ali pulang, Abah berpesan kepada Ustaz Ali agar dapat berikan sepucuk surat yang di titipkan kepada Ustaz Osman seberapa segera. Sebaik sahaja Ustaz Ali mendapat pesanan begitu dari Abah, ketika pulang ke Singapur, beliau langsung ke Patani dengan tujuan untuk berjumpa dengan Ustaz Osman dan menyerahkan surat dari Abah kepadanya. Selepas beberapa waktu mencari dan menunggu ( kerana Ustaz Osman bergerak-gerak dari satu tempat ke satu tempat kerana berdakwah ) akhirnya Ustaz Ali berjaya bertemu dengan Ustaz Osman dan menyerahkan surat tersebut. Deangan penuh amanah, Ustaz Osman buka surat tersebut segera di hadapan Ustaz Ali dan beliau mula berbincang dengan Ustaz Ali mengenai isi kandungi surat yang sangat ringkas itu yang berbunyi lebih kurang 'Hendaklah segera keluar dari Ruang Thai'.

Ustaz Osman pada mulanya merasa berat dengan arahan tersebut memandang keluarganya semua masih berada di Patani, tetapi selepas meminta pandangan dari Almukaram Ustaz Hj Ali, beliau terus keluar dari Patani segera dan masuk ke Malaysia.

Almukaram Ustaz Hj Ali bersama para ikhwan yang mengikuti urusan ini, pulang ke Singapura selepas amanah Abah di tunaikan. Selang beberapa hari, kami semua di kejutkan oleh satu berita, khususnya Ustaz Osman sendiri yang paling terkejut dengan berita ini. Bahawa askar Thai telah menyerang habis-habisan semua anggota para pejuang P.A.LO di tembak mati dan satu orang pun tidak tertinggal, tapi semuanya di dalam ruang Thai, Ustaz Osman kerana menunaikan arahan Abah selepas minta pandangan dari Ustaz Hj Ali, beliau terselamat , malah keluarganya yang berada di Patani juga terselamat.

Seluruh penghidupan Almarhum Ustaz Osman ini, jelas ianya adalah gambaran penghidupan Saiyiduna Osman yang kurang bercakap, penyabar tapi kerja amalnya berjalan terus lancar dan berkesan. Ini adalah juga karomah Abah, bagaimana beliau asuh Almarhum Ustaz Osman seperti Saiyiduna Osman. Semoga Allah merahmati Almarhum Ustaz Osman Md Lutfi dan menjayakan dakwahnya hari ini.

Semuanya berlaku dengan inayah Allah swt yang bukan sahaja melindungi para kekasihnya , malah para kekasih dari kekasihnya juga dilindungi. Masya Allah, Semoga kita semua selamat dan menjadi murid Abah yang setia.