Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Tuesday, December 27, 2011

Karomah Abah Anom 26


Bertemu Dengan Nabi Alkhidr A.S

Pada tahun 1983, Abah ke haji bersama keluarga, bersamanya juga Drs Ustaz Yusuf Hamzah. Ada satu kejadian aneh berlaku di dalam Masjidil Haram, dimana serajin-rajin manusia yang menunaikan haji dan umrah akan tercegak dan tercenggang mendengarkannya.

Dikisahkan kepada kami oleh Almarhum Pak Kurnia, bahawa satu ketika bila Abah sudah selesai menunaikan tawaf dan sa'i, tiba-tiba masuk ke pekarangan Masjid seorang lelaki yang berjubah yang sangat berwibawa, dirinya penuh dengan kehaibatan, sehingga hampir semua yang memandangnya akan pasti berdiri tercegak, beliau ini seolah-olah memiliki besi berani yang luar biasa di mana ada di antara yang sedang tawaf pun berdiri tegak tidak berjalan kerana ingin melihat lelaki berjubah ini. Orangnya tinggi sedikit dari kadar kebiasaan orang Arab, tetapi yang sangat menghairankan, beliau seolah-olah 'memukau' semua yang melihatnya, dan siapa sahaja yang melihatnya ingin sungguh mengetahui apa yang nak dilakukannya.

Lelaki berjubah ini sebaik sahaja masuk masjid dan menarik perhatian jamaah Al-Haram, beliau menuju langsung ke Abah sehingga orang-orang di keliling Abah terpaku memerhatikannya. Sebaik sahaja lelaki ini berhadapan dengan Abah, beliau memberi salam sambil berkata dalam bahasa Arab yang bermaksud : 'Aku menyerahkan umatku kepada mu sekarang,' lalu Abah menjawab dalam bahasa Arab 'Saya terima', kemudian beliau menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Abah dan beliau juga bersalaman dengan pengiring Abah ketika itu ( berkemungkinan : Drs Ustaz Yusuf Hamzah ) . Kemudian lelaki ini meninggalkan tempat itu dan tiada seorang pun berani mendekatinya kerana pancaran kehebatannya. Orang ramai yang melihat detik tersebut mula mengunjungi Abah untuk bersalaman, sehingga boleh dikatakan hampir tercipta tarikan dan rebutan manusia kedua selepas Hajar Aswad. Dalam suasana dilema yang penuh dengan pertanyaan, pengiring Abah tadi bertanya kepada Abah : Siapa beliau tadi ya Abah ? Abah menjawab : Ya mungkin saja Alkhidir alaihis salam

Selepas Haji dan Ziarah Nabi s.a.w, Abah bersama keluarga terus melakukan Ziarah Kubra ke Iraq menziarahi Tuan Sheikh Abdul Qodir Jailani. Ada kejadian aneh juga berlaku ketika itu, ketika sedang rancak berzikir di sisi maqam Tuan Sheikh, anak Abah yang sudah mempunyai ketinggian rohaninya ketika itu dipanggil orang 'Kang Aji'- beliau melihat bintang-bintang di langit berjatuhan dengan banyaknya dan semua yang jatuh itu- jatuh ke tubuh Abah sehingga seketika tubuh Abah bercahaya dengan terang benderang.

'Semoga Allah , membangun umat ini dengan wira-wiraNya sehingga menjadi contoh teladan kepada yang lain bahawa agama bukan hanya teks, hafalan dan amal tetapi juga kewujudan Rijal'

Friday, September 30, 2011

Karomah Abah Anom 25


Mimpi Nabi Isa A.S , akhirnya jadi murid Abah

Kira-kira pada awal tahun 2000, Masjid Khadijah di Singapur di datangi Ikhwan dari Jakarta dan beliau di beri peluang untuk menceritakan asal usulnya dan bagaimana akhirnya jadi ikhwan atau murid Abah. Nama dan identiti penting beliau tidak dapat kami umumkan disini. Beliau berkata...lebih kurang maknanya :

Saya berasal dari keluarga India yang kuat mengamalkan agama Hindu di Jakarta. Saya mempunyai nasib yang baik sebab tiap kali para sama ber 'istikharah' untuk memilih dan melantik tukang buat patung ( tuhan ) , nama saya yang selalu keluar. Sehingga banyak kuil-kuil di Jakarta , saya yang buat. Saya lah orangnya yang tahu bagaimana untuk mencorak tubuh patung sembahan itu , bagaimana jarinya, yang tergengam , yang terbuka, giginya yang mana satu di taring kan dan yang mana satu di ratakan.........semuanya ada makna yang dalam , mengikut kepercayaan orang Hindu.

Agama tidak pernah menjadi keraguan dalam hidup saya sehingga detik dan waktu bila ayahanda kami meninggal dunia, saya lah anak yang sulong yang harus mula meletakkan api untuk membakar jasad ayahanda kami. Selepas upacara pembakaran, saya mula meragui agama Hindu, jiwa saya mula tertanya-tanya sehingga kebingungan, bingung yang amat sangat. Pada ketika itu saya memohon dengan Tuhan Semesta Alam untuk menunjukkan jalan keluar bagi pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat dijawab. Dalam agama Hindu, Tuhan Semesta Alam itu adalah tuhan yang paling Agung dan dialah yang menjaga semua ratusan tuhan. Tuhan Semesta Alam ini , mengikut agama Islam ialah Allah SWT.

Selepas bermohon kepada Tuhan Semesta Alam, jiwa saya rasa tenang sedikit tetapi pertanyaan-pertanyaan dari jiwa masih belum terjawab. Akhirnya saya tinggalkan agama Hindu kerana merancang untuk mengkaji agama lain. Saya berniat untuk kaji agama Buddha & Kristian , tetapi tidak terlintas untuk mengkaji agama Islam sebab perbuatan orang Islam sudah cukup membuktikan kesesatan mereka. Jauh sekali agama Islam dalam senarai kajian saya.

Saya masuk ke agama Buddha agar lebih jelas memahami ajarannya sekian lamanya, namun pertanyaan dari jiwa saya masih belum terjawab. Kemudian saya masuk agama Kristian, sekian lamanya tetapi kegelisahan dalam jiwa masih ada. Saya mula bingung semula selepas kedua-dua agama ini tidak memberikan kepuasan dalam hidup saya. Saya mohon kepada Yesus agar berikan pertolongan terhadap masalah yang merosakkan hidup saya ini.

Pada satu malam yang indah saya bermimpi Nabi Isa a.s datang dalam mimpi saya. Baginda seolah-olah memahami apa yang menimpa saya, baginda menghampiri saya dan langsung memegang dada saya dan membacakan sesuatu yang saya tidak dapat memahaminya. Ketika itu saya terasa tenang dan bahagia sehingga air mata menintis...seolah-olah baginda memasukkan cahaya itu ke dalam dada saya. Belum sempat saya ucapkan terimakasih kepada baginda, baginda telah pergi tanpa menyebut satu perkataan atau satu pesanan pun kepada saya.

Apabila saya bangun, saya menangis kerana ketenangan yang sangat dekat itu terasa jauh, pasti akan hilang, dan pasti bingung akan datang lagi. Saya bertekad untuk melihat kepada kefahaman orang Islam mengenai Nabi Isa ini, disinilah saya mula memandang agama Islam. Selepas beberapa kajian dan beberapa tahun saya masuk agama Islam. Saya merasakan ada sesuatu dalam agama ini yang boleh menjawab atau menenangkan jiwa , tapi masih tidak ketemu sekian lamanya, sehingga teman saya yang bantu memasukkan saya ke agama Islam ini berpesan kepada saya bahawa..' jangan masuk ke masjid lain untuk solat, hanya masjid ini sahaja Islam...' Nah , disini saya tersentak dan mula bertanya kepada orang lain... kenapa ada perbedaan antara masjid ini dan masjid lain...baru saya tahu yang saya sudah termasuk ke agama Qadyani ( Ahmadiyyah ), akhirnya saya tinggalkan kepercayaan yang dipulaukan oleh seluruh umat Islam Indonesia dan langsung mencampuri mainstreamnya.

Pada hari dan langkah pertama saya untuk masuk ke masjid mainstream, saya di takdirkan Allah masuk ke masjid yang sedang berzikir dengan suara yang keras tetapi sistematik, nadah mereka serentak dan sepadu. Ketika mendengar zikir itu hati saya bergelojak hidup semula , timbul ketenangan yang kuat, ketenangan yang sama saya pernah lalui dalam mimpi satu ketika dahulu dengan Nabi Isa. as. Sejurus selepas zikrullah, saya langsung bertemu dengan pimpinan zikir itu dan dia anjurkan saya bertemu dengan guru mereka.

Apabila saya bertemu guru mereka, itulah detik yang sangat manis dalam hidup saya , seolah beliau itu bapa saya, begitu mesra dan penuh dengan kecintaan. Itulah dia Abah Anom, saya ambil baiat dengan beliau dan saya mohon agar Abah mendoakan keluarga saya yang sangat kuat berpegang dengan ajaran Hindu. Selepas beberapa tahun, terbukti doa Abah sangat mustajab, hampir semua adik beradik saya (yang keras berpegang dengan ajaran Hindu ) sudah muslim melainkan ibu saya yang masih belum pada hari ini . Saya bersyukur kepada Allah kerana telah menjawab permohonan saya sehingga bertemu dengan agama yang betul di tangan seorang yang sangat betul dalam hal kerohaniannya. Profesi saya sekarang bisnes dengan permaidani dengan buatan tangan sehingga berkat doa Abah , saya mempunyai kilang untuk menguruskan perdagangan ini, dan bisa mengirim ke Masjid Khadijah ini.

Saya makin diperlihatkan karomah Abah setiap hari dan ramai jugak masuk Islam di tangan beliau. Sebelum saya ke sini, Abah berseloroh dengan saya, katanya,...kamu ini dulu membuat sembahan orang ( patung ), sekarang ini juga masih membuat bahagian dari sembahan orang ( sejadah ).....!

Selepas mengamalkan zikrullah hati saya makin tenang syukur dan saya ingin berpesan kepada para ikhwan Singapur, walaupun berjauhan dengan Abah, tapi dengan rajin beramal, pasti tercapai ketenangan yang sama.....saya dapat melihat sekarang ini bahawa agama selain Islam bukanlah sesat tetapi tidak complete, apabila orang Hindu jumpa saya dan mereka marah-marah kepada saya sebab meninggalkan agama mereka, saya katakan kepada mereka...... saya tidak tinggalkan agama Hindu tetapi saya upgrade kan agama saya dengan mengikuti agama Islam. Ini yang di ajarkan Abah kepada saya.- Sekian ringkas taklimat beliau.

Gambar sisipan adalah gambar permaidani di Masjid Khadijah yang ditempah buatan tangan dari Jakarta dari hasil usahanya.

Semoga Allah swt membukakan pintu hati mereka-mereka yang mencari kebenaran dan jalan kerohaniannya.

Sunday, September 25, 2011

Karomah Abah Anom 24


Seekor Ikan Keluar Dari Cawan Kopi

Cerita ini alfaqir perolehi dari seorang ikhwan Singapur bernama Sheikh Alwi Bin Sheikh Ali pada tahun 1996. Beliau menceritakan bahawa pernah satu ketika Abah di datangi seorang kiyai yang ada ilmu sakti beliau menunjukkan kesaktiannya kepada Abah, tapi dapat di aman kan oleh Abah.

Pak Kiyai ini mencabar Abah untuk mengeluarkan sakti, namun Abah merendah diri, tetapi dia masih meminta-minta, lalu Abah tanya apa yang dia mahukan, Kiyai ini berkata 'seekor' ikan. Lalu Abah mengisyaratkan dengan tangannya seolah-olah beliau memancing ikan di hadapannya, maka keluarlah se ekor ikan dari cawan kopinya Pak Kiyai ini. Ketika itu Pak Kiyai tercegak dan terbeliak matanya kurang percaya apabila melihat seekor ikan tersebut mengelitik-gelitik keluar dari cawan yang dia sendiri memintanya. Kemudian timbul keinsafan dalam diri Pak Kiyai ini dan mohon dari Abah agar ajarkan kepadanya ilmu tersebut, maka Abah memberikan baiáh zikir kepadanya.

Gambar sisipan adalah ilusteri belaka.

Semoga Allah SWT merahmati semua para mursyid yang meneruskan memikul amanah 'cahaya haqiqah' dari satu jenerasi ke satu jenerasi yang lain.

Saturday, September 24, 2011

Karomah Abah Anom 23

Rombongan Ulama Datang Ke Abah Untuk Mencuba

Manqabah ini bersumberkan dari seorang ikhwan yang tidak mahu dikenali di blog ini. Beliau adalah murid Abah di Singapur , antara yang paling banyak melihat karomah Abah dengan mata kepalanya sendiri secara langsung dan bukan hanya menerusi mendengar dari orang lain.

Sehingga beliau tidak mempunyai ruang dalam dirinya yang mengkhuatiri kewalian Abah walaupun banyak para guru yang hebat-hebat beliau telah ketemui sejak zaman mudanya.

Selepas pemergian Abah, kita tidak seharusnya bersedih terus-terusan, malah kita seharusnya bersyukur kepada Allah terus-terusan dimana Allah sempat menemukan dalam hidup kita seorang 'wira' Nya yang sangat hebat ini, dan lebih dari itu belajar dan ambil zikrullah darinya.

Kejadian ini berlaku beberapa tahun sebelum tahun 1995 dimana Abah mula uzur . Rombongan itu terdiri dari para ulama / kiyai kebanyakanya dari Bandung dan juga dari berbagai tempat, kelihatan mereka sudah menyiapkan soalan-soalan masing-masing untuk ditanyakan kepada Abah, masalah-masalah fiqih dan sebagainya- yang rumit-rumit dan payah-payah agar Abah tidak berdaya menjawabnya selepas ditanya dan mereka merakamkannya, dengan ini sekaligus mereka boleh menjatuhkan intellektual Abah dan menyebarkannya. Bilangan mereka yang ada dalam rombongan ini kurang sedikit dari 100 orang.

Wakil dari rombongan ini memulakan kata-kata indah apabila sudah sampai berhadapan dengan Abah di Madrasah Suryalaya. Kata-katanya manis bak madu yang tumpah... bagaikan pembuka tirai bersilaturahim. Selepas itu Abah menyambut kata-kata aluan mereka, Abah turut menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka dan Abah jua turut perihatin maksud mereka ke Suryalaya .

Abah mengatakan bahawa ‘Abah masih belajar’ dan Abah mengamalkan apa yang diajar oleh ayahandanya. Suasana tegang bertukar jadi hening dan terharu hanya dengan beberapa kata-kata Abah yang merendah diri itu, mereka kelihatan melinangkan air mata mendengar ucapan Abah yang merendah diri, akhirnya mereka semua menangis dan minta Abah baiátkan zikir. Pada awalnya mereka bersemangat untuk bertanya dengan niat yang tidak baik tetapi bertukar menjadi insaf dan taubat.

Kejadian seperti ini sama persis berlaku pada zaman Tuan Sheikh Abdul Qodir Jailani qs apabila beliau didatangi 100 ulama dari Baghdad dengan niat mencuba kefahaman agamanya, Tuan Sheikh menjawab semua soalan-soalan mereka satu persatu sebelum mereka mula membuka mulut untuk bertanya. Nah, disini terlihat cara yang sama berlaku antara Abah dan Tuan Sheikh hanya Abah bertindak dengan cara yang berlainan dari cara Tuan Sheikh kerana beliau mengambil sikap merendah dirinya dengan Tuan Sheikh .

Semoga Allah SWT mencururi rahmat dan KeredhaanNya kepada Abah dan para wakilnya, kerana telah berpenat lelah dan bersusah payah membimbing umat ke jalan yang diredhaiNya.

Gambar sisipan adalah gambar Madrasah Pondok Pesantren Suryalaya, di mana semua para tetamu Abah di sambutin dan di situ juga mereka yang meminta bai'at akan di bai'atkan.

Friday, September 23, 2011

Karomah Abah Anom 22


PENDEKAR SILAT TERPELANTING

Kami mendapatkan kisah ini dari seorang ikhwan Singapur yang melihat dengan mata kepalanya sendiri kejadian yang sangat ajaib ini. Beliau tidak mengizinkan namanya serta gambarnya di siarkan dalam blog ini.

Kira-kira pada tahun 1972, beliau sedang duduk-duduk bersama teman seorang dua dengan Abah di dalam madrasah, tiba-tiba pintu masuk yang berdekatan dengan tangga naik di tendang dengan sangat kuat sehingga terbuka pintu tersebut. Kata ikhwan ini , saya melihat seorang pendekar yang sangat hebat dan gerun kerana dia memakai pakaian pendekarnya yang lengkap serta benar-benar bersedia untuk menyerang.

Kata beliau, jika dia menuju ke Abah, saya rasa tenang sedikit tetapi jika dia menuju ke arah saya, habis semua cerita....! sambil berjenaka.

Abah dengan tenang menegur saya beserta teman disebelah : 'Ya jangan tengok, tutup matanya ( zikir ) khafi terus, bantu-bantu Abah...'

Pendekar ini kemudian menyeret kakinya kebumi pada setiap langkah kiri dan kanannya sambil membuka jurusan silatnya menuju ke Abah,...baru kami tahu bahawa dia memang berniat untuk menyerang Abah, tapi Abah dengan tenang duduk di tempatnya bersila sambil mengingatkan ikhwan untuk teruskan zikir khafinya.

Apabila, si pendekar ini dekat pada Abah kira jarak lagi 6 atau 7 langkah lagi, beliau terpelanting ke belakang dan jatuh rebah. Pendekar ini bangun semula dan membuat serangan keduanya, namun apabila sambil di lokasi yang sama tadi, beliau terpelanting ke belakang lagi. Semangatnya kuat dan buat kali ketiganya beliau bangun dan menguatkan jurusannya agat tidak gagal lagi. Apabila sampai ke lokasi atau garisan tadi, beliau terpelanting lagi dan terus pengsan.

Suasana sangat tengang tetapi zikir khafi sangat menenangkan. Abah memanggil petugas madrasah Almarhum Wak Din ( beliau juga adalah bekas pesilat dan berbadan besar yang telah berkhidmat dengan Abah sekian lamanya) untuk mengambil air untuk Abah membacakan dan untuk disapukan air tersebut ke muka pendekar yang pengsan itu. Sebaik sahaja pendekar itu di sapu Wak Din dengan air tersebut, beliau tersedar dari pengsannya dan terus menangis meminta ampun kepada Abah dan menyerah diri untuk menjadi murid Abah. Kemudian Abah mentalqinkannya zikir dan beliau menjadi ikhwan. Kurang pasti samada beliau ini masih hidup atau sudah pulang kerahmatullah.

Semoga Allah swt membantu terus kepada para hambaNya yang menjalankan amanah untuk hidupkan amalan zikrullah yang diperolehi secara tradisi ini dari satu guru ke satu guru sehingga ke Kanjeng Nabi S.A.W yang kami cintai, Ameen...... inilah dia 'sunnah' yang kita pertaruhkan pada akhir zaman...bukan mazahirnya sahaja tetapi jawahirnya.

Gambar sisipan adalah ilusteri sahaja bukan sebenarnya.

Karomah Abah Anom 21


Cara Abah Berjampi Air Sangat Unik

Ramai yang telah berkunjungan ke Abah di Suryalaya dapat melihat bagaimana Abah membaca jampinya ( ruqyah ) ke atas air yang di hajatkan sesuatu. Malah para jamaah beratur dengan barisan yang panjang untuk mendapatkan barokah jampiannya yang sangat unik.

Kebanyakkan waktu jampinya sangat cepat, mungkin beliau menggunakan ilmu ma'rifahnya dalam mengisikan air untuk diberkatin. Apabila gelas atau cawan yang di hadapkan di hadapan Abah, Abah hanya setakat memegang bibir cawan sahaja , kemudian beliau katakan ''udah'', sebagai tanda selesai dan pemohon boleh beredar untuk memberi lalun kepada yang lain.

Ada yang dari jauh belum sampai di hadapannya, beliau isyaratkan dengan tangannya sambil dikatakan ''udah'', ada pula yang datang dekat lalu di celupin jari telunjuknya dan ada juga yang dibacakan sesuatu dengan agak lama sedikit.

Dalam tahun 2001, alfaqir pernah berjunjungan ke Abah dan berpeluang untuk memberi Abah segelas susu untuk dibacakan atas niat tabaruk dalam thoriq, maka beliau membacanya sehingga hampir 15 minit lamanya, yang aneh tiada orang yang berhajat ketika itu untuk berjumpa dengan Abah.

Teknik-teknik ruqyah Abah ini sangat terkenal sehingga menjadi cerita-cerita di bibir para murid. Namun masih juga ada individu-individu yang kurang senang dengan cara Abah berjampi demikian.

Di khabarkan kepada alfaqir oleh seortang ikhwan yang enggan nama dan gambarnya disiarkan dalam blog ini, sebaik sahaja beliau pulang dari menziarahi Abah, ada kejadian berlaku.

"Ada seorang yang datang ke Suryalaya berhajat untuk minta dari Abah untuk di bacakan dalam botol airnya. Abah tunaikan hajatnya selepas mendengar permohonannya dengan hanya memegang bibir botol itu dengan mengatakan "udah''.

Si fulan ini, mungkin kali pertama melihat Abah jampi air, bersungut dan tidak senang dengan cara Abah itu. Seolah-olah mencurigai sambil merasakan apa yang dibacakan,...apa yang dilakukan, ngak ada apa-apa...! Lalu beliau selepas keluar dari Madrasah Suryalaya berjalan di lorong-lorong itu terlihat banyak kolam ikan...di tuangnya air dalam botol yang telah di jampikan Abah itu dengan merasakan ngak ada apa-apa air ini..hanya memegang botol 1, 2 saat.....'

Tidak lama kemudian, beliau datang semula ke kolam yang sudah dikeromoni orang kerana mereka melihat ikan-ikan dalam kolam tersebut timbul mati.

Baru beliau tahu betapa kuatnya jampian tersebut. Amanah manusia tidak bisa di angkat oleh haiwan, malah gunung ganang pun ngak bisa...satu renungan buat kita semua.

Semoga Allah SWT merahmati Abah Anom yang telah banyak membantu masyarakat Islam kita semua tanpa jemu-jemu sehingga akhir-akhir umurnya, di atas kerusi roda pun masih demikian.

Gambar yang disisipkan adalah elastrasi sahaja bukan di ambil waktu kejadian.

Wednesday, September 21, 2011

Karomah Abah Anom 20


Pandangan Habib Ali Batu Pahat Terhadap Abah Anom

Satu makluman kami perolehi dari Alfadhil Ustaz Mukhtar Bin Habib ketika beliau berkunjungan ke Batu Pahat menziarahi Almarhum Habib Ali. Almarhum Habib Ali adalah salah seorang wali Allah dan ahli mukasyifiin dari para hambaNya. Alfaqir sendiri sudah tiga kali menziarahi beliau, pada awalnya tahun 1997.

Ramai yang tidak mengenal Habib Ali ini sehingga Almarhum Al-Allamah Habib Omar bin Abdullah Al-Khatib mengkhabarkan kewaliannya kepada para muridnya di Singapura. Selepas kewafatan Habib Omar, barulah para murid berkunjungan ke rumah Habib Ali ini. Nama penuhnya ialah Almarhum Habib Ali bin Jakfar bin Ahmad bin Abdul Qadir Alaydrus

Rumah Habib Ali yang sangat sederhana itu sentiasa penuh dengan para tetamu dari Singapura. Antara karomahnya, apa yang kita bicarakan dalam perjalanan ketika menziarahinya, nanti sesudah berjumpa dengan beliau, selepas beramah mesra, beliau akan membawa perbualan yang seolah-olah menyambung perbualan yang di ucapkan dalam perjalanan.

Almarhum Habib Ali, sangat teliti dan halus perhatiannnya, beliau selalu memilih perkataan yang tepat untuk berbicara agar tidak keterlaluan atau berkurangan dalam ekspresinya.

Di khabarkan kepada kami , bahawa Ustaz Mukhtar apabila meneruskan pengajiannya di Pondok Pesantren Suryalaya, beliau berkunjungan ke Batu Pahat menziarahi Habib Ali untuk mendapatkan doa beliau. Pada tahun 2004 atau 2005, Ustaz Mukhtar ketika pulang bercuti ke tanah air ( Singapura ) , beliau menziarahi Habib Ali lagi. Apabila ditanya oleh Habib Ali mengenai tempat pengajiannya, Ustaz Mukhtar menjawab bahawa beliau belajar di bawah bimbingan Abah Anom. Apabila Habib Ali mendengar nama Abah Anom beliau mengatakan :
" Abah Anom adalah penegak agama Islam'.- tamat kata-kata almarhum habib.

Kata-kata Habib Ali mengembirakan Ustaz Mukhtar kerana Habib Ali sangat teliti orangnya dalam memberikan komentar atau makluman, ditambahkan lagi beliau seorang wali Allah.

Penegak agama Islam dalam istilah Tasauf yang terdekat ialah sebutan 'Muhyiddin'' yang berarti 'Penghidupkan Agama''. Dengan seseorang itu berjaya menghidupkan agama artinya dia telah menegakkan agama, dan jika seseorang itu mematikan nilai-nilai agama artinya dia telah menghancurkan agama.-Alfaqir

Mungkin tak banyak orang yang tahu bahwa Habib Ali Batu Pahat ini dilahirkan di Purwakarta, Jawa Barat, pada tahun 1919. Sebagian keluarganya saat ini juga masih berada di sana.

Tahun 1926, yaitu saat berumur tujuh tahun, ia tiba di Singapura. Tapi hanya sebentar, lalu ia kembali lagi ke Indonesia. Tahun 1929, untuk kedua kalinya ia datang ke Singapura dan kemudian menetap di sana hingga tahun 1942.

Di Singapura, ia tinggal bersama ayah dan kakaknya, Habib Abdul Qadir bin Ja’far Alaydrus, di sebuah rumah di Arab Street. Ketika itu sang kakak barn datang dari Hadhramaut. Berdasarkan cerita yang pernah disampaikan Habib Ali sendiri, kedatangan sang kakak mendapat sambutan yang amat hangat dari penduduk Singapura pada saat itu. Habib Abdul Qadir sendiri wafat di Purwakarta dan dimakamkan di sana.

Tahun 1942, Habib Ali hijrah ke Batu Pahat, Johor, Malaysia sehingga hari wafatnya. Semasa hidupnya di negeri rantaunya yang baru ini, Habib Ali menjadi tempat mengadu berbagai permasalahan banyak orang, temasuk para muslimin Singapura.

Ayah Habib Ali, Habib Ja’far bin Ahmad Alaydrus, datang ke Singapura dari Purwarkarta dan menetap di Negeri Singa itu selama beberapa tahun pada tahun 1930-an dan tinggal di Lorong 30 Geylang. Habib Ja’far kembali ke Hadhramaut pada tahun 1938.
la wafat pada tahun 1976 di kota Tarim. Jenazahnya dimakamkan di Pemakaman Zanbal, berdekatan dengan makam datuknya, Habib Abdullah Alaydrus.

Habib Ali wafat sekitar pukul 17.10 atau 17.15 petang pada hari Kamis 28 Jumadil Awal 1431 atau 13 Mei 2010 dalam usia 91 tahun.

Syed Ibrahim dan Syed Ja’far, keduanya cucu Habib Ali, dari putranya yang bemama Syed Husein, di sampingnya ketika itu. Hari wafatnya ini menjelang lima hari sebelum haul ayahandanya, Habib Ja’far bin Ahmad, yaitu pada 3 Jumadil Akhirah.
Dari saat Habib Ali wafat waktu dimandikan keesokan harinya, jenazahnya tak putus-putus dikunjungi ribuan manusia dari segala penjuru dan lapisan masyarakat, terutama dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Di antara yang hadir menyampaikan ta’ziyahnya pada saat itu adalah Syed Hamid bin Ja’far Al-Bar, mantan menteri luar negeri dan menteri dalam negeri Malaysia.
Begitu juga bacaan Al-Quran, Yaasin, dan tahlil tak putus-putusnya dibacakan hingga jenazahnya usai dimandikan oleh keluarga sekitar pukul 09.30, Jum’at pagi.

Karena begitu banyaknya penta’ziyah yang datang untuk dapat menghadiri prosesi shalat Jenazah, akhirnya jenazah Habib Ali dishalatkan sebanyak dua kali. Pertama, sebagaimana wasiatnya, dishalatkan di dalam rumah, yang diimami oleh Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad Alaydrus, dan kedua di luar rumah, dengan imam Habib Hasan bin Muhammad bin Salim Al-Attas.

Jenazahnya kemudian dimakamkan sebelum shalat Jum’at, 29 Jumadil Awal 1431 H/14 Mei 2010, di Tanah Pekuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Habib Umar bin Hamid AI-Jilani dari Makkah yang membacakan talqin pada saat itu.

Sebahagiannya di rujuk pada : http://ahlulbait.blogdrive.com/archive/o-173.html

Sunday, September 11, 2011

Karomah Abah Anom 19


Berkat Doa Abah - Hidupku Berubah

Manqabah kali ke 19 ini ditulis dengan penuh kesyahduan, jari-jari yang menaib ini tidak secepat semalam, Abah telah meninggalkan kita pada tanggal masehi dimana Pondok Pesantren Suryalaya dibangunkan iaitu 5 September. Telah perginya seorang yang tidak tidur selama 35 tahun pada awal kepimpinannya menjadi khalifah. Telah perginya seorang yang duduk terus menerus di atas kerusinya bersabar dengan fizikalnya selama 16 tahun di akhir hidupnya.

Beberapa tahun yang lalu, seorang pakar perubatan menawarkan perkhidmatannya secara percuma kerana ingin melihat Abah bangun berjalan, namun beliau menggeleng kepalanya sambil berkata : Jantungnya berdenyut bagaikan pemuda 25 tahun tapi fizikalnya lemah selemah seorang yang berumur 300 tahun. Isnin lalu Abah meninggal dunia tanpa sebarang penyakit dalam usia 96 tahun.

Alfaqir mengambil baiáh zikir pada tahun 1982 dalam usia 13 tahun di Maqam Syed Ismail, batu 8 Bukit Timah dengan Almukaram Ustaz Hj Ali di Singapura, tetapi lebih awal dari itu alfaqir sudah bermain-main dirumah beliau di Masjid Muhajirin di mana beliau adalah Imam Eksekutif Pertama atau MRO MUIS pada 1977, kerana mengikut bapa alfaqir Tuan Hj Saleh Khan Surattee yang aktif semasa pembinaan Masjid tersebut sehingga terbina disana dengan Almukaram.

Pada tahun 1983, alfaqir berpeluang ikut berangkat ke Suryalaya dengan keluarga, gembira terasa amat sangat , terutama apabila hajat kita untuk Abah doakan termakbul, sudah banyak terdengar di bibir-bibir para ikhwan hal demikian dan terjadi kemakbulannya, ada yang tak dapat anak, apabila Abah doakan kemudian dapat anak, ada yang sekian lama tak dapat jodoh, bila Abah doakan dapat, dan macam-macam lagi. Dalam bersiap-siap untuk berangkat, alfaqir mencari-cari hajat mana satu yang harus alfaqir tanyakan agar di doakan Abah, masih belum ketemu mungkin kerana usia yang masih muda.

Apabila mula berangkat di airport Changi, abang ipar alfaqir Hj Mohd Tahir yang tidak sempat berangkat sama ke Suryalaya berpesan ke telinga alfaqir,..'Ghouse minta Abah doakan faham bahasa Arab !...Alfaqir terasa gembira dan senang kerana ianya adalah satu permintaan yang sangat sesuai.' Pada ketika itu alfaqir masih di sekolah sekular Whitley Secondary School dan tidak ada sebarang asas dalam bahasa Arab, tetapi telah mula belajar bahasa Arab fe'lu maadhi dan fe'lu mudari dengan Almukaram Ustaz Hj Ali di rumahnya di Bedok Blk 543 ketika itu.

Apabila sudah berada di Suryalaya, alfaqir berpeluang memohon pada Abah agar Abah mendoakan saya agar faham dalam bahasa Arab. Apabila Abah mendengarkan hajat alfaqir itu, beliau terus berkata dengan penuh kegembiraan : 'Waah bagus niat itu', Ye Abah doakan''. Alfaqir turut gembira dengan kegembiraan Abah, kemudian Abah bertanya alfaqir : ''apakah sekarang kamu sedang belajar bahasa Arab ?'Alfaqir menjawab dengan spontan 'Ye dengan Ustaz Ali." Mendengarkan jawabannya Abah bertambah gembira dan menyebutkan... Ábah doakan'.

Selepas 2 tahun dari detik-detik manis itu, alfaqir beranikan diri memohon agar dapat menyertai pengajian di Madrasah Aljunied Al-Islamiah di Singapura - -sebuah sekolah yang sangat terkemuka dalam bahasa Arab yang hanya menerima penyertaan dari murid-murid yang sudah ada asas dalam bahasa arab.

Alhamdulilah, berkat doa Abah, alfaqir diterima untuk menyambung belajar di Madrasah Aljunied tanpa pendidikan asas dalam bahasa arab ketika itu . Satu perkara yang sangat mengkagumkan dan tidak pernah berlaku dalam tradisi Madrasah tersebut. Malah dalam 6 tahun sahaja, alfaqir dapat selesaikan semua peringkat pengajian di madrasah tersebut yang biasanya di lalui murid biasa selama 12 tahun sebelum tamat madrasah.

Berkat doa para solihin ini terbukti, sangat berkesan, apabila dibuka kan kefahaman yang luas dalam bahasa Arab sehingga pada tiap tahun alfaqir menyandang posisi pertama atau kedua di dalam darjah...tidak pernah posisi ketiga,....Alhamdulilah...

Lebih dari itu, alfaqir sangat tersentuh apabila berjaya dapat sambung belajar ke Mesir dengan biasiswa , ke Universiti Al-Azhar dan di terima masuk ke kuliah Lughatul Arabiah -bahasa Arab. Alhamdulilah, ni'mat kebersamaan dengan orang solih, manfaatnya jalan terus hingga ke hari ini dan mendapat pengetahuan dari kitab-kitab Arab secara santai pada hari-hari biasa hari ini...

Semoga Allah mencucuri Rahmat dan KeredhaanNya kepada Abah Anom- Hadratus Sheikh Ahmad Sohibul Wafa' Tajul Arifiin yang telah membantu menyelamatkan jutaan umat dengan doa-doanya serta karomahnya.

Thursday, August 18, 2011

Karomah Abah Anom 18


Tiga Orang Hindu Bertawasul Dengan Abah

Ayahanda alfaqir Tuan Hj Mohd Saleh Khan, apabila pulang dari Suryalaya pada akhir-akhir 90 han, beliau membawa cerita yang sangat menarik. Ketika Abah Anom sedang mentalqinkan serombongan penziarah di madrasahnya, apabila sedang zikir khofi, Abah mengisyaratkan memanggil Ustaz Yusuf Hamzah. Maka tidak lama kemudian, Ustaz Yusuf hadir meletakkan telinganya di samping Abah mendengar dengan taat, kemudian beliau beredar dari tempat itu dengan segera.

Ustaz Yusuf dan beberapa ikhwan Suryalaya bergegas naik jeep dengan membawa beberapa barangan termasuk tali yang besar, langsung keluar dari Pondok Pesantren sedangkan Abah masih mentalkinkan zikir kepada mereka yang meminta.

Selepas beberapa jam pada waktu malamnya, apabila di tanya tentang kejadian ketika Abah sedang mentalkinkan pada siang hari, Ustaz Yusuf menceritakan:

'Abah minta kami segera ke satu tempat di kawasan Tasik, di tempat tersebut ada sungei yang besar dan ada 3 orang yang memerlukan bantuan.'

Sebaik sahaja kami sampai di tempat itu, kami dapati ada 3 orang bangsa India tengelam dalam sungei minta tolong, lantas kami lemparkan tali dan di mudahkan urusan kesemua 3 orang itu dapat di selamatkan.

Ketiga-tiga orang Hindu tersebut berjaya dikeluarkan dari sungei , mereka lantas bertanya bagaimana kita tahu disitu ada yang memerlukan bantuan. Ustaz Yusuf menjawab bahawa , kami lakukan kerana perintah guru kami Abah Anom sebentar tadi. Mereka langsung berpekikan terperanjat dan menjelaskan bahawa mereka tahu kawasan ini adalah kawasan Abah Anom dan ketika mereka jatuh dalam sungei itu mereka bertawasul dengan minta bantuan tuhan menerusi karomah Abah Anom, dan tuhan perkenankannya.

Dalam merakamkan kesyukurannya, mereka minta agar mereka dibawa ke sisi Abah, mereka sendiri ingin mengucapkan terimakasih secara langsung kepada Abah.

Sebaik sahaja, mereka tiba di Pondok Pesantren Suryalaya , mereka mengutarakan hasrat untuk masuk ke agama Islam di pangkuan Abah. Apabila berhadapan dengan Abah mereka mengucapkan terimakasih dan bersyahadat dan minta di bai'ahkan zikir sebagaimana mereka mendengarnya dari Masjid Nurul Asror selepas solat waktu pada tadinya.-tamat kisah.

Para pembaca budiman, karomah Abah terlalu banyak dari dibicarakan, ada yang persis karomah Sultanul Auliya dan ada yang karomah seperti para sahabat Nabi s.a.w. Bersyukurlah pada Allah, dimana pada zaman kita, waktu kita, kita diketemukan seorang mursyid kamil mukamil seperti ini.




Wednesday, August 17, 2011

Karomah Abah Anom 17


Hilang Suara Selepas Pembedahan
Haji Ya'acob bin Mohamed di lahirkan pada 25 Januari 1925, Sungai Pisang Kelantan, Malaya. Beliau adalah bekas seorang ahli politik dan diplomat. Beliau merupakan penyokong kuat kepentingan orang Melayu di Singapura memainkan peranan penting dalam memenangi sokongan orang Melayu kepada Parti Tindakan Rakyat ( PAP ) pada awal tahun 1960-an.

Haji Ya’acob mempunyai beberapa saudara-mara dari kalangan tokoh masyarakat yang terkenal. Keluarganya berpindah ke Johor apabila beliau masih bayi. Ibu bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 8 tahun, diikuti oleh bapanya ketika beliau berusia 12 tahun.
Haji Ya'acob berkhidmat sebagai duta pertama Singapura ke Filipina dari tahun 1969 hingga 1971,dan Pesuruhjaya Tinggi ke India dari 1977 hingga 1984. Pada tahun 1984, beliau menjadi duta ke Mesir, pelantikan beliau sebagai duta di Mesir berpanjangan sehingga April 1986, apabila beliau meletak jawatan kerana kesihatan yang kurang baik. Sepanjang tempoh beliau sebagai duta ke Mesir, beliau memberikan perhatian kepada keadaan hidup pelajar Singapura di Universiti Al-Azhar dan memulakan usaha mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah rumah pelajar untuk mereka.
Selepas pembedahan akibat kesihatan yang kurang baik, beliau kehilangan suara. Para dokter tiada mempunyai jalan keluar untuk menemukan jalan untuk mengeluarkan suaranya semula. Wira yang kuat membangkitkan semangat rakyatnya dengan suaranya itu, tidak putus asa berusaha memulihkan kesihatannya sehingga beliau di tunjukkan untuk bertemu dengan Abah Anom di Suryalaya.
Ketika di Suryalaya, Abah berpesan kepadanya agar membaca Alquran dengan menggunakan pandangan sahaja, nanti suaranya akan timbul dengan izin Allah. Hají Ya’acob mematuhi tunjuk ajar Abah Anom dan akhirnya suaranya keluar semula.
Pada bulan Ogos 1989, Haji Ya'acob mengalami serangan jantung di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau kemudiannya meninggal dunia kerana leukemia di Hospital Besar Singapura pada 11 Oktober 1989, pada usia 64. Beliau meninggalkan seorang isteri Hajah Hasmah binti Awang, tiga anak lelaki dan lima orang anak gadis, dan 16 orang cucu. Beliau telah dikebumikan ditanah perkuburan Islam di Choa Chu Kang , Singapura. Alfateha...

Tuesday, August 16, 2011

Karomah Abah Anom 16

Letusan Gunung Galunggung 1982

Gunung Galunggung (dahulunya dieja Galoen-gong) termasuk gunung yang aktif di Jawa Barat, Indonesia, kira-kira 80 km tenggara wilayah Jawa Barat, Bandung (atau kira-kira 25 km ke timur Jawa Barat dari bandar Garut). Letusan sebelumnya adalah pada tahun 1882.

Letusan terakhir ini terjadi pada 5 April 1982 yang disertai dengan suara dentuman, pijaran api dan kilatan halilintar. Kegiatan ini berlangsung selama 6 bulan dan berakhir pada 8 Januari 1983. Selama letusan ini terjadi ada sekitar 18 orang meninggal dunia sebagian besar terjadi karena sebab tidak kaitan langsung dengan letusan seperti kecelakaan lalu lintas atau umur yang sudah tua, kedinginan dan kekurangan pangan. Diperkirakan pada letusan ini sekitar 1 Milyar dan 22 desa ditinggal tanpa penghuni.

Letusan ini menyebabkan berubahnya peta wilayah pada radius 20km dari kawah gunung Galunggung yang mencakup Kecamatan Indihiang, Kecamatan Sukaratu dan Kecamatan Leuwisari. Perubahan ini di sebabkan pada terputusnya jaringan jalan, aliran sungai dan areal perkampungan yang diakibatkan melimpahnya lava dingin berupa material batu, kerikil dan pasir.

Pondok Pesantren Suryalaya terletak di kaki gunung Galunggung. Selepas letusan yang bersejarah ini, para wakil dari Bangsa-Bangsa Bersatu, para pengkaji bumi datang membuat wisata dan kajian berdasarkan ilmu kaji bumi mereka. Mereka mengungkapkan kekaguman dan kehairanan kerana mendapatkan Pondok Pesantren Suryalaya terletak sergam di kaki gunung tersebut tiada tersentuh sedikit pun dari limpahannya, padahal semua limpahan lavanya terlimpah jatuh dengan dahsyatnya di bahagian sebelah gunung yang lain dan jauh pula pengalirannya.

Abah membuat ucapannya sempena letusan itu sambil berkata : ‘ Kita harus bersyukur kerana Allah SWT masih ingin perjalanan kita diteruskan.’

Monday, August 15, 2011

Karomah Abah Anom 15


Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya
Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Hamka


‘’Hamka’’ adalah ringkasan dari nama penuhnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Lahir di desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, pada tanggal 16 Februari 1908 atau bertepatan dengan 13 Muharram 1326 H.

Siapa sangka mantan pemimpin Pertubuhan Islam Muhammadiyah Buya Hamka ternyata mengikuti Thoriqoh Qodiriyah Naqsabandiyah dari Pondok Pesantren Suryalaya. Ketua MUI ( Majlis Ulama Indonesia ) pertama ini berbaiat kepada Abah Anom, mursyid thoriqah dari Pesantren Suryalaya Tasikmalaya lebih kurang pada awal tahun 1981. Ketika itu ayahanda Alfaqir, Hj Saleh Khan berada di Suryalaya menziarahi Abah Anom dan beliau mengkhabarkan kami bahawa apabila upacara baiát mengambil tempat, Abah dan Hamka masuk ke ruang pekarangan keluarga dan di tutup pintunya agar tidak di lihat-lihat orang semasa baiát di jalankan nanti. Ini cara terhormat bagi para ulama mengambil baiát.
Perkara yang sama ini juga dilaporkan oleh Dr Sri Mulyati, pengajar tasawwuf UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, baru-baru ini, sambil berkata : ‘Ini penelitian pribadi saya ketika menyelesaikan disertasi, ada fotonya ketika Buya Hamka berbaiat dengan Abah Anom.


Ketika Buya Hamka berkunjungan ke Singapura pada tahun 1981, alfaqir sempat mendengar ceramahnya di Masjid Muhajirin, masih teringat jelas kata-katanya dan penjelasannya yang menunjukkan beliau sudah berbaiát dengan Abah, ketika dalam ceramahnya beliau berkata :

‘Dalam berzikir kepada Allah ada kaifiatnya kemana di palingkan kepalanya, dari bawah dahulu kemudian ke atas, lalu ke kanan dan kemudian ke kiri. Bukan sebarangan..mengeleng ketika lafaz nafi, meng ‘ia’ ketika lafaz isbat.., .beliau berkata secara gurauan’- lebih kurang maknanya.

Majlis tersebut adalah majlis ceramah beliau terakhir di Singapura yang dihadirikan oleh ribuan para jamaah yang mengejarnya untuk bersalaman, alfaqir berjaya dalam gelutan manusia untuk bersalaman dengannya...alhamdulilah.

Mantan Ketua Umum Fatayat NU - Dr Sri Mulyati menuturkan, Buya Hamka sendiri pernah berujar di Pesantren Suryalaya Tasikmalaya bahwa dirinya bukanlah Hamka, tetapi Hampa. Katanya lagi : ’Saya tahu sejarahnya, saya tahu tokoh-tokohnya, tetapi saya tidak termasuk di dalamnya, karena itu saya mau masuk’. Akhirnya beliau masuk, karena mungkin haus spiritual. Buya Hamka berkata: ‘diantara makhluk dan kholik itu ada perjalanan yang harus kita tempuh. Inilah yang kita katakan thoriqoh.’
Hamka memang dikenali memahami dunia tasauf. Salah satu karyanya adalah Tasawuf Modern, yang mengupas dunia tasawuf dan penerapannya pada era modern ini. Masih ada satu lagi karya tasaufnya yang terakhir belum dicetak. Buya Hamka wafat pada 24 bulan Julai tahun 1981 bertepatan dengan bulan Ramadhan dalam umurnya 73 tahun masehi. Seluruh ikhwan TQN Indonesia, Singapura dan Malaysia menunaikan solat Ghaib baginya sebagaimana yang diminta Pondok Pesantren Suryalaya.

Tersebut kisah dalam facebook teman saya bernama Nen Maarof bahawa......"

Buya Hamka pulang dari Mekah dan melawat Pondok Persantren Suryalaya (PPS). Katanya mendapat petunjuk Baginda saw agar melawat seorang hamba ALLAH yang ikhlas. Bila tiba di PPS..didapati..kiyai mursyid disitu "sempoi" sahaja...tak berjubah, serban dan berjenggot macam fahamnya tentang sunnah. Para santri yakni muridin pun biasa saja...

Maka dimohon izin untuk membetulkan keadaan pada pak kiyai mursyid itu...Maka dikisahkan 3 hari 3 malam..Buya Hamka asyik bagi ceramah jer...pelbagai ilmu khasnya tasauf yang mencakupi sunnah dan adab dicurahkan...pelbagai kesilapan pada persepsi beliau cuba dinasihati dan diperbetulkan..

Sehinggalah pada hari Buya Hamka ingin pulang...maka Pak Kiyai Mursyid pun memeluknya dan berkata..."Ucapan jutaan terima kasih atas banyak ilmu yang telah dicurahkan....tapi Abah mohon Buya katakan pada Abah...bagaimana mahu diamalkan semuanya...Abah sendiri tidak mampu, apatah lagi para santri sekalian...mohon ditunjuki ya Buya..."

maka ketika itu...tiba tiba..Buya Hamka tersedar..dn menangis terisak isak serta melutut pada Pk Kiyai Mursyid..."benar Abah...ilmu yang banyak tidak guna jika tak dapat diamalkan....Maka sekarang saya pula mohon Abah tunjukkan sebaik baik amalan...Maka Buya Hamka pun ditalqinkan dengan kalimah Ikhlas...La Ila Ha Ilal ALLAH"

Akhir hayat...sebelum Buya Hamka meninggal...beliau pergi berkhalwat khusus pada Muryid di PPS...maka seminggu sebelum masa itu tiba..Maka Kiyai Mursyid menyuruhnya pulang ke rumah....Selesaikan segala urusan wasiat pada keluargamu...dan tumpukan tawajuh sepenuhnya agar baik serta mulia kembalinya...masamu selepas solat Jumaat.

Maka selesai solat jumaat...maka kembalilah Buya Hamka ke rahmatullah...dengan akhir kalam kalimah ikhlas yang dimuliakannya sebagai amalan harian....Cuma mejadi isu kerana jari telunjuk kananya masih gerak gerak sedangkan doktor sudah mengesahkan kematiannya.....seperti isyarat bertasbih.

Maka dilaporkan pada Kiyai Mursyid. Maka Kiyai Mursyid dengan tersenyum.. menghantar wakilnya....Setibanya sang wakil...lantas memberi salam pada jenazah..dan mengatakan.."udah udah..ruhmu dan nyawamu sudah kembali..jasadnya harus tenang...jangan mencarik adat..." maka hentilah jari yang bertasbih itu.

Al Fatihah kepada Buya Hamka...semoga digolongkan dalam golongan solihin. Amin.Amin Amin.-Tamat nukilan dari Nen Maarof


Penyertaan Buya Hamka ke Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah Pondok Pesantren Suryalaya bukan sahaja satu pencapaian murni bagi Buya Hamka sahaja, demi rohaninya, tapi ianya juga salah satu karomah Abah Anom... gai mana menumpahkan keinsafan kedalam diri manusia, apalagi ulama.


Karomah Abah Anom 14


Mengeluarkan Keropok dari Botol Kaca Yang Tertutup

Alfaqir mendapatkan kisah ini dari mantan setiausaha peribadi Abah di Suryalaya yang bernama Alfadhil Drs Ustaz Hj Yusuf Bin Hamzah. Beliau banyak menyimpan kisah-kisah karomah Abah Anom tetapi orangnya pendiam. Satu hari beliau menceritakan kepada alfaqir :

'Ghouse,...Pernah satu hari, Abah di datangi seorang pensyarah universiti, entah university mana saya ngak ingat. Bila sudah berada di hadapan Abah, dimana ada cawan kopinya di hadapannya, ada botol-botol kaca yang berisi kerompok, ialah biasalah madrasah sentiasa siapin untuk para tetamunya...
tiba-tiba si pensyarah ini, menunjukkan kehebatannya di hadapan Abah. Dia mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok yang belum di buka plastiknya lagi, kotaknya masih baru, plastiknya pun masih belum di koyakan lagi''...ulang Ustaz Yusuf dalam menegaskan kejadian itu.

Di hadapan Abah, ada botol kaca berisi keropok-keropok....botol itu pun dekat dengan si pensyarah ni, Abah langsung mengeluarkan sekeping keropok dari botol kaca yang belum dibuka tutupnya sambil berkata : Ambil yang ni ada manfaatnya, yang itu ( rokok yang dikeluarkannya tadi ) ada mudharatnya.'' Maka terperanjatlah pensyarah tersebut sambil mengambil keropok bertuah itu dan memakannya , kemudian beliau terus minta di baiát kan zikir...''

''Bayangkan Ghouse, macam-macam orang ke sini semuanya tewas, sebab di sangka Abah itu macam mereka, pakai jin, pakai ilmu hitam...padahal wali Allah kan Allah yang jaga....''

Karomah Abah Anom 13

Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya

Prof Drs Haji Aboebakar Atcheh
Seorang tokoh agama, ulama, pemimpin pertubuhan Islam dan penulis yang tak asing lagi dalam masyarakat kita, beliau adalah Prof Haji Aboebakar Atjeh yang dilahirkan pada tahun 1909 dan wafatnya diperkirakan jatuh pada tahun 1979 . Siapa yang dapat menyangka tokoh agama dan ulama ini - yang mempunyai lebih dari 19 karya penulisan agungnya, pemimpin pertubuhan yang besar di Indonesia , pernah menentang Tasauf dan Thoriqah , akhirnya menyerahkan diri untuk beramal dengan amalan berthoriqah.
Dikatakan, Almarhum Prof Aboebakar Atjeh, dalam tahun-tahun kegemilangannya dalam kepimpinannya, menentang ajaran Tasauf dan Thoriqah khusus di Indonesia , dalam masa yang sama beliau mencari seorang guru mursyid yang asli dalam senyap. Beliau telah bermusafir ribuan batu jauhnya meninggalkan tanah air kerana kehausan rohani dalam hidupnya. Bagi Alfaqir, riwayat hidup Almarhum Prof Aboebakar ini sama persisi seperti riwayat hidup Imam Al-Ghazali, yang pada awalnya menentang Tasauf tapi kemudian mencari dan akhirnya bertemu dengan orang yang di cari-cari. Almarhum Prof Aboebakar Atjeh telah ke India, China, Turkey dan lain-lain Negara Arab/ Islam dalam mencari seorang guru mursyid yang asli, bertahun lamanya, beliau hidup dalam bermusafir dalam kehausan rohani.
Pada tahun 1976 , ketika almarhum mengunjungi tempat kami di Singapura beliau menceritakan dengan titisan air mata kekesalan dan terharu atas ni’mat Allah , bahawa beliau bersyukur bertemu dengan guru mursyid yang beliau sendiri letakkan ciri-cirinya berdasarkan kajiannya itu, akhirnya berhasil, bila ditanya oleh ikhwan kami Hj Yahya Hanafiah - dimana Almarhum menginap selama seminggu dirumahnya ( gambar photo Hj Yahya no 4 dari kiri ) , ‘Kenapa bapak kelihatan kesal lebih dari gembira ? ‘Jawab Almarhum : ‘Bapak berjumpa guru mursyid dalam negeri sendiri, bapak jumpa Abah, dalam usia sisa-sisa ini dan sudah tidak boleh buat apa-apa lagi, jika bapak masih muda lagi, pasti banyak bapak boleh bantu Abah....’’ kata-kata Almarhum yang di akhiri dengan tangisan tanpa suara yang memberikan kesan kepada sekeliling yang mendengar dan mereka juga melinangkan airmata.
Perjuangan ilmiah Almarhum tidak habis begitu sahaja, Abah memintanya agar di terjemahkan kitab Miftahus Sudur yang berbahasa Arab ke bahasa Indonesia. Almarhum sempat menterjemahkannya dengan baik dan sempurna , sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sehingga hari ini, jariah Almarhum masih berjalan terus kerana kitab ini telah dapat dimanfaatkan lebih dari 5 juta para ikhwan Indonesia ( catatan statisktik 1987 ) yang mengamalkan thoriqahnya dan berapa banyak lagi yang dapat manfaat dari kitab ini dari para pembaca umat Islam secara umum tidak dapat kita mengagaknya.
Penerimaan Almarhum dan baiáhnya ke dalam Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah di Pondok Pesantren Suryalaya , membataskan bagi dirinya ciri-ciri guru mursyid pada awalnya berdasarkan kajian ilmu Tasauf, sehingga bertahun-tahun hidup kehausan dalam bermusafir, melambangkan kehebatan dan ketepatan ilmunya dan sekaligus adalah isyarat kepada karomah Abah Anom.
Semoga Allah mencucurkan RahmatNya kepada Almarhum Bapak Professor Haji Aboebakar Atjeh, Alfatehah .......

Friday, August 12, 2011

Karomah Abah Anom 12


Kiyai Sakti Tinggi Bertanding Dengan Abah

Pak Kurnia ( Ipar kepada Abah ) pada satu hari menceritakan kepada alfaqir, bahawa satu hari , seorang kiyai yang mempunyai ilmu sakti yang tinggi di Jawa Tengah , datang bertanding di Suryalaya, kiyai ini mempunyai ratusan pengikut, mungkin mereka menyangka dia sudah diberi karomah oleh Allah.

Pak Kurnia ini, adalah antara para ikhwan Suryalaya yang paling banyak menyimpan cerita-cerita karomah Abah Anom. Beliau sambung berkata : Kiyai ini datang membawa rombongan para muridnya. Anehnya kedatangannya sudah diketahui Abah sehingga Abah menunggunya dan menyambut kedatangannya.

Abah minta kiyai ini serta para muridnya menjamu dahulu. Kiyai ini mula memuji Abah kerana menguruskan Pesantren dengan rapinya dan masa yang sama memperli, sambil berkata 'Tetapi di sini ngak ada burung syurga ya ? Tanya Abah balik, burung syurga tu burung hud-hud kah ? Éyah' sambut kiyai tersebut. Tak semena-mena di sisi Abah ada lestik burung yang di tinggalkan kanak-kanak yang bermain-main di pesantren tersebut. Abah ambil lestik itu langsung melastikkannya, jatuh ke hadapan kiyai itu burung Hud-hud Nabi Sulaiman hidup lagi tidak mati berjalan-jalan di hadapan pak kiyai sakti itu dan matanya terbeliak kagum. Kata Pak Kurnia...cantik sungguh burung itu bagaikan burung cenderawasih. Tidak lama kemudian burung itu terbang semula.

Kiyai itu tidak terhenti di situ, dia mengeluarkan seketul batu gelunggung ( granik ) sebesar gengam dari kotnya. Dia meramaskan batu itu sehingga menjadi pasir. Kemudian berkata, 'Sekarang giliran Abah tunjukkan kehebatannya''. Abah merendah diri mengatakan beliua tiada mengetahui apa-apa. Kiyai itu membuka songkoknya yang tinggi itu dan meletakkannya di hadapan Abah sambil berkata 'Di tempat saya, 10 orang ngak bisa angkat, cuba Abah angkat songkok ini''. Abah terus bertawajuh, beberapa detik kemudian Abah menghembuskan ke arah songkok itu dan songkok itu melayang jauh. Madrasah bergema dengan peristiwa ini sehingga semua para murid kiyai kagum dengan apa yang berlaku. Kiyai tersebut mula terasa insaf dan bertobat kerana niatnya yang tersalah. Beliau minta di baiátkan, ketika zikir khafi beliau pengsan atau tertidur lama. Tidak lama kemudian Abah mengejutnya bangun sambil berkata 'kamu masih ada tanggungjawab yang perlu kamu uruskan'.

Kiyai ini kemudiannya menjadi ikwan dan mubaligh TQN, beliau menceritakan bahawa ketika pengsan ketika baiát itu, beliau bermimpi pergi ke maqam para aulitya Allah, juga ke maqam Sheikh Abdul Qadir Jailani, kemudian beliau akhirnya bermimpi masuk ke syurga Allah sambil mengambarkan keindah syurga tersebut dengan tangisannya, batu-batu di jalanannya dari permata, kota-kota dan mahligai tersusun indah, beliau sempat mengeliling dan terjumpa satu mahligai yang sangat indah, ingin sangat memasuki mahligai itu, apabila menghampirinya terlihat di gerbang mahligai itu tertulis 'pondok pesantren suryalaya', beliau terus membuka pintu gerbangnya yang indah untuk memasukinya, namun ketika itu ada yang mengejutkan dari tidurnya yang panjang itu.

Saya terperanjat dari tidur itu,di sebabkan Abah yang mengejutkannya sambil berkata 'kamu masih ada tanggungjawab yang perlu kamu uruskan'.'Rupa-rupanya itu, kata kiyai ,'' adalah sebahagian rukyah solihah yang diperlihatkan kepadanya hasil baiáh yang mempunyai barakoh yang banyak ini. Wakai para ikhwan jangan tinggalkan amalan zikrullah dari Abah ini , benar-benar berlangsungan dengan Nabi s.a.w''- Tamat kisah.

Kiyai ini tidak lain dan tidak bukan adalah Kiyai Hj Jured-Mubaligh Pondok Pesantren Suryalaya.

Karomah Abah Anom 11

Mursyid Menjaga Hati Murid

Manqobah ini diambil dari ceramahnya KH.Thohir Abdul Qohir salah satu wakil Talqin Thoriqoh Qodiriyyah wan Naqsyabandiyyah yang berada di Pondok Pesantren Suryalaya Tasikmalaya, Jawa Barat Indonesia.

Tersebutlah seorang kiayi bernama KH.Tohir yang sedang menimba ilmu di salah satu pesantren di kotanya. Konon Sang Guru yang mengajarkan ilmu di pesantrennya tersebut melarang Kiayi Tohir untuk menemui seorang kiayi besar yang tinggal di Suryalaya bernama Abah Anom, apalagi berguru kepadanya.

Namun, setetelah melalui penelusuran dan pembelajaran ilmu tassawuf yang diajarkan di Pesantren Suryalaya, akhirnya kiayi Tohir meminta kepada Abah Anom untuk dibaiayat atau ditalqin dzikir (di ajarkan dzikir Thoriqoh). Namun, tentu saja dalam benak kiayi Tohir kunjungannya ke Abah Anom yang tanpa sepengatahuan gurunya itu akan membuat murka di pesantren dikotanya. Apalagi, setelah di talqin dzikir (pengajaran dzikir thoriqat) ada suatu amanat dari Abah Anom yakni ucapan salam yang harus disampaikan kepada guru dipesantrennya. Ketika kiayi Tohir sedang duduk menunggu sholat berjamaah di Mesjid Nurur Asror di Kompleks Pesantren Suryalaya sebelum ia kembali bertolak ke kampung halamannya, pikirannya terus berkecamuk tidak bisa tenang. Ketika dalam benaknya terbersit bagaimana wajah murka gurunya yang sedang memarahinya habis-habisan karena ketidak taatannya, tiba-tiba ada yang menepuk pundaknya dengan sorban dan berkata:“Tong sok goreng sangka kabatur, komo ka guru soranganmah, boa teuing teu kitu! dalam bahasa Indonesia : “jangan selalu berburuk sangka terhadap orang lain, apalagi terhadap guru sendiri, belum tentu seperti itu “. Kiyai Thohir begitu kaget ternyata yang menepuk pundak dan membaca pikirannya itu adalah guru ruhaninya yang baru, yaitu Syekh Ahmad Shohibul Wafa Tajul ‘Arifin ra (Abah Anom).

Dari kejadian itu Kiai Thohir mendapatkan pelajaran yang berharga bahwa seorang guru ruhani Mursyid Thoriqoh Qodiriyyah wan Naqsyabandiyyah bisa mengetahui hati murid-muridnya dimanapun mereka berada. Mursyid akan terus mengawasi dan membimbing hati murid-muridnya agar hati selalu menuju Allah

Sepulang dari Pesantren Suryalaya dan kembali ke Pesantren dikampungnya, Kiai Thohir menyampaikan amanat salam dari Mursyid Kammil Mukammil Syekh ahmad Shohibul Wafa Tajul ‘Arifin ra kepada gurunya. Dan ternyata, diluar dugaan Kiayinya yang dipesantren itu malah memuji Abah Anom bahkan Kiayi Thohir sebagai salah satu murid kesayangannya itu dianjurkan untuk menjalankan ajaran yang di bawa oleh Abah Anom sebagai pewaris para Nabi.

Selanjutnya, Kiayi Thohir mengabdikan diri sepenuhnya kepada Abah Anom dan mengamalkan ajaran yang telah diajarkannya. Akhirnya Kiai Thohir dipercaya menjadi salah satu wakil Talqin, yaitu orang yang di izinkan untuk mengajarkan atau mengijazahkan dzikir Thoriqoh kepada orang yang membutuhkannya.

Wednesday, August 10, 2011

Karomah Abah Anom 10


SANG GURU DALAM ILMU KEBATHINAN REBAH

Seorang kiyai dan juga Mahaguru Ilmu Kebathinan buat pertama kali ke Suryalaya pada tahun 90han dengan niat mencuba kebolehan Abah Anom , rebah apabila sudah berada di hadapan Abah. Setelah beliau bangun buat kali kedua dan membuat percubaan serangan kali keduanya , juga rebah dan begitulah kali ke tiganya.

Begitulah ceritanya Kiyai Zezen apabila ditanya ketika tujuan ke Suryalaya kali pertamanya. Kini beliau sudah insaf dan bertaubat dari mengamalkan ilmu yang pada awalnya di sangka baik, kerana di ambil dari para kiyai-kiyai di Banten. Beliau terus minta dari Pengersa Abah untuk diberikan baiáh Thoriqah dan Zikirnya. Tidak berapa kemudian Kiyai Zezen ini di angkat jadi wakil talqin Abah, sekarang ini dipilih jadi Ketua Para Mubaligh Pondok Pesantren Suryalaya, di mana di bawahnya terkumpul 800 lebih para kiyai bergerak dengan dakwah atas pemerhatiannya. Beliau ada terjemahkan kitab Sheikh Abdul Qadir Jailani berjudul 'Sirul Asror' ke bahasa Indonesia / Melayu.

Tuesday, August 9, 2011

Karomah Abah Anom 9


MURID BERJAYA TERHENTI DARI HOBI MELACUR

Cerita ini diambil dari ceramahnya KH.M.Abdul Gaous Saefulloh Al-Maslul atau Ajengan Gaos salah satu wakil Talqin Thoriqoh Qodiriyyah wan Naqsyabandiyyah Pondok Pesantren Suryalaya Tasikmalaya, Jawa Barat Indonesia.

Diceritakan ada seorang pemuda yang hobinya melacur, pemuda tersebut berniat untuk berhenti dari pebuatannya yang tercela. Sudah berbagai cara dilakukan untuk menghentikannya itu tidak membuat minat lacurnya berhenti. Padahal, pelaksanaan amalan ibadah yang “super ketat” atas petunjuk dari para kiai yang pernah dikunjungi dari berbagai daerahpun belum berhasil. Jadi, Sudah tidak asing lagi baginya riyadloh (latihan) seperti puasa, dzikir, sholat baik yang sifatnya wajib maupun sunat dan amalan lainnya.

Dalam keadaan kondisi jiwa yang begitu kritis, datanglah pemuda itu ke Pondok Pesantren Suryalaya untuk menemui seorang Wali Allah yaitu Abah Anom sebagai Mursyid Thoriqoh Qodiriyyah wan Naqsyabandiyyah dan menceritakan maksud kedatangannya. Abah Anom berkata : “Tidak apa-apa, asal jangan dilakukan didepan Abah”. Setelah itu pemuda yang hobi “jajan” perempuan ditalqin dzikir (diajarkan dzikir Thoriqoh Qodiriyyah wan Naqsyabandiyyah) untuk diamalkan.

Seperti biasa pemuda tersebut datang ke hotel yang telah dipesan untuk melaksanakan hasrat nafsunya “meniduri” wanita pelacur. Setelah siap-siap semuanya, terbesit dalam benak pikiran dan jiwanya akan bayangan wajah Abah Anom sebagai Mursyid TQN dan berkata : “Asal jangan dihadapan Abah!”, pemuda itu terkejut dan gelisah, dengan segera meninggalkan hotel. Gagallah keinginan nafsunya.

Dihari yang lain, pemuda itu datang lagi ke hotel untuk melaksanakan hasrat nafsunya yang tidak terbendung. Namun, disaat detik-detik akan melaksanakan maksiatnya, terulang kembali kemunculan wajah Abah Anom dalam jiwa dan pikirannya dan mengatakan : “Tidak apa-apa, asal jangan dihadapan Abah”. Pemuda itu kembali mengurungkan niatnya dan kembali pulang.

Begitupun dihari-hari selanjutnya, kejadian itu terus terulang jiwa dan pikirannya selalu dihantui bayangan tatapan wajah Abah Anom seorang Wali Allah dan perkataannya disaat-saat akan melakukan maksiat dengan pelacur. Kegagalan-kegagalan hasrat syetan yang terulang dalam jiwa pemuda itu dikarenakan kemunculan wajah Wali Allah Mursyid Thoriqoh Qodiriyyah wan Naqsyabandiyyah.

Akhirnya, dengan kejadian itu pemuda tersebut menghentikan dari hobinya melacur untuk selamanya dan menjadi pengamal Thoriqoh Qodiriyyah wan Naqsyabandiyyah.

Sesungguhnya kejadian itu suatu anugrah dari Allah untuk hamba yang dicintai dengan perantara Mursyid sebagai pilihan-Nya. Subhanallah..

Bayangan wajah Mursyid itu adalah sebagai burhana robbihi (cahaya / tanda dari Allah) yang membawa berkah terhadap pemuda tersebut.

Kita teringat akan kisah salah satu utusan Allah yaitu Nabi Yusuf as. yang ditolong Allah ketika akan terjadi maksiat dengan Siti Zulaikha. Dalam al-Qur’an Surat Yusuf ayat 24: “Sesungguhnya wanita itu telah bemaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf-pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu (Zulaikha) andaikata tidak melihat burhana robbihi yaitu tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.” (QS: Yusuf 24)

Dalam ayat ini terdapat perkataan Allah “Burhana Rabbihi”. Menurut perkataan Imam Ibnu Katsir dalam Tafsir Ibnu Katsir, juz II / 474 : “Adapun maksud “Burhaana Rabbihi” yang terlihat oleh Yusuf, maka terdapat beberapa pendapat. Menurut sahabat Abdullah bin Abbas, Said, Mujahid, Sa’id bin Jubair, Muhamad bin Sirin, Hasan, Qatadah, Ibnu Sholeh, Dlohah, Muhammad bin Ishaq dan lain-lain yakni Yusuf melihat bayangan ayahnya (Ya’kub), rupanya, bentuknya seakan-akan ayahnya marah-marah. Menurut sebagian riwayat memukul dada Yusuf. Al-‘Aufi berpendapat dari Ibnu Abbas, maksud perkataan itu ialah Yusuf teringat kepada bayangan wajah suami Zulaikha yaitu raja Qithfir yang seolah-olah ada dirumah dan mengetahui apa yang akan diperbuat Yusuf. Demikian juga Muhammad bin Ishaq berpendapat yang sama.”(Tafsir Ibnu Katsir, II / 474) Subhanallah…

Karomah Abah Anom 8


PENGIKTIRAFAN & PENGHARGAAN -IFNGO


PENGASUH Pontren Suryalaya K.H. Ahmad Sohibul Wafa Tajul Arifin (Abah Anom) menerima ucapan selamat dari sejumlah pejabat atas diterimanya penghargaan dari IFNGO Perserikatan Bangsa Bangsa (PBB) terkait pengabdiannya membantu pemulihan korban narkoba, di Pontren Suryalaya Kab. Tasikmalaya, Kamis (8/1).* UNDANG SUDRAJAT/”PR” BERAWAL dari keprihatinan yang dirasakan oleh Pengasuh Pondok Pesantren Suryalaya K.H. Ahmad Sohibulwafa Tajul Arifin (94), melihat banyaknya anak muda yang terjerumus narkotika, kiai yang akrab dipanggil Abah Anom tersebut mendirikan pondok pesantren khusus yang bernama Inabah. “Inabah pertama yang didirikan oleh Abah Anom yaitu pada tahun 1980,” kata Juru Bicara Pondok Pesantren (Pontren) Suryalaya K.H. Zaenal Abidin Anwar, di Suralaya, Kab. Tasikmalaya, Kamis (8/1).
Setelah melalui berbagai kajian, termasuk seminar pencegahan narkotika di Pontren Suryalaya, akhirnya Abah Anoh berkekuatan hati untuk membuat pondok pesantren khusus bernama Inabah. Arti nama pontren tersebut adalah pengembalian atau pemulihan seseorang dari jalan yang menjauhi Allah ke jalan mendekatkan diri kepada Allah. Karena keteguhan serta keikhlasan Abah Anom, upaya penyelamatan korban narkoba tersebut akhirnya membuahkan hasil. Mereka yang kecanduan narkoba bisa pulih seperti semula. Dalam pemikiran Abah Anom, orang yang sedang mabuk, yang jiwanya sedang guncang dan terganggu, diperlukan metode pemulihan (inabah). Mereka yang mengikuti program Inabah harus ikut kegiatan sepanjang 24 jam.
Kurikulum pembinaan yang ditetapkan oleh Abah Anom mencakup mandi dan wudu, salat dan zikir, serta ibadah lainnya. Biasanya, waktu pemulihan antara 40 hari sampai 6 bulan Cara Abah Anom akhirnya berkembang pesat serta banyak dipercaya oleh berbagai pihak, sehingga banyak keluarga yang menitipkan saudara atau anak mereka ke Inabah. Jumlah pondok Inabah sekarang sudah berkembang menjadi 31 pondok, termasuk sembilan di antaranya berada di luar negeri. Lebih dari 5.000 orang yang kecanduan narkoba, berhasil pulih kembali setelah masuk Inabah. Abah Anom berusaha dengan sabar membina anak-anak yang jadi korban narkoba tersebut. Setelah 28 tahun berjalan, apa yang dilakukan Abah Anom mendapat pujian dari berbagai pihak. Abah Anom pernah memperoleh penghargaan dari presiden, atas jasanya membantu pemulihan korban narkoba.
Januari 2009, penghargaan piagam emas “Distinguished Service Awards” juga diberikan kepada Abah Anom oleh International Federation of Non-Government Organisations (IFNGO) Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB). Piagam emas yang merupakan puncak prestasi tertinggi dalam pengabdian seseorang membantu memulihkan korban narkoba, terlihat dipajang di dinding ruangan tamu rumah Aba Anom. Piagam tersebut diberikan di Australia oleh Charmain IFNGO Dr. K.C. Lam kepada perwakilan Suryalaya Jakarta, Ir. Ucu Suparta . Apa yang dilakukan Abah Anom dinilai telah menyelamatkan nyawa serta masa depan anak-anak yang jadi korban narkoba.
Hidup normal
Berdasarkan hasil penelitian Dr. Juhaya S. Praja, tahun 1981-1989, sebanyak 93,1% dari 5.845 anak binaan yang mengikuti program di Inabah, bisa dikembalikan ke keadaan semula. Selain itu, mereka dapat kembali hidup di tengah masyarakat dengan normal. Kondisi itu yang membuat berbagai lembaga memberikan penghargaan kepada Abah Anom. “Kita bersyukur bisa menerima piagam penghargaan dari PBB. Piagam itu merupakan pengakuan dari dunia atas kerja keras yang dilakukan oleh Abah, dalam membantu menangani korban narkoba,” kata K.H. Zaenal Abidin Anwar.
Sementara itu, Kapolda Jabar Inspektur Jenderal Timur Pradopo mengatakan, penghargaan diberikan PBB kepada Abah Anom adalah hal yang luar biasa. Artinya, dunia sudah memberikan penghargaan tentang apa yang telah dilakukan oleh Abah Anom selama ini, dalam pengabdiannya untuk membantu memulihkan korban narkoba. “Itu luar biasa sekali. Guru besar Abah Anom telah memberikan teladan kepada kita semua.
 Sekarang, kita semua yang meneruskannya, harus benar-benar menjaga keluarga kita, lingkungan kita dari narkoba,” ujar Timur Pradopo saat berkunjung ke Pontren Suryalaya. Sedangkan Bupati Tasikmalaya Tatang Farhanul Hakim mengatakan, penghargaan dari PBB tersebut merupakan kebanggaan bagi warga Tasikmalaya. Karena terbuki, pengabdian dan kiprah pengasuh Suryalaya telah mendapat pengakuan dari lembaga dunia. “Saya dan atas nama masyarakat Tasikmalaya benar-benar bangga, dan hal itu menjadi aset kita semua. Apa yang dilakukan oleh Suryalaya benar-benar telah memberikan manfaat dan diakui oleh dunia,” kata Tatang, didampingi Ketua DPRD Kab. Tasikmalaya Uu Ruzhanul Ulum. Ucapan serupa dikemukakan Staf Khusus Presiden Bidang Komunikasi Sosial Brigadir Jenderal Kurdi Mustofa, yang datang ke Suryalaya mewakili Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. “Saya sangat gembira dan bangga terhadap Pontren Suryalaya, yang ternyata memang mampu berbuat banyak untuk masyarakat luas. Sehingga, upaya perang terhadap narkoba dilakukan dengan sepenuh hati. Dengan adanya penghargaan dari PBB itu telah membuktikan kalau keberadaan pesantren ini telah diakui dan tentunya menjadi kebanggaan bagi Indonesia,” ujarnya. (Undang Sudrajat/”PR”)***
ikhwansuryalaya.wordpress.com

Karomah Abah Anom 7


PANDANGAN AL-ALLAMAH YANG MULIA TUAN GURU IJAI

Ada cerita menarik dari Subhan seorang Dosen IAILM Suryalaya pernah silaturahmi kepada Tuan Guru Ijai Martapura Kalimantan Selatan. Tuan guru Ijai menyebutkan 'SYEH A. SHOHIBUL WAFA TAJUL ARIFIN ADALAH LAUTAN THORIQOH.'
Tuan Guru Ijai dikenal sebagai seorang Wali Mursyid yg masyhur yang di kunjungi para alim ulama Habaib dari belahan dunia nama lengkapnya Alimul ‘allamah Al ‘Arif Billah Asy-Syekh Muhammad Zaini Abd. Ghani ( Tuan Guru Ijai ) bin Al ‘arif Billah Syekh Abd. Ghani bin Syekh Abd. Manaf bin Syekh Muh. Seman bin Syekh. M, Sa’ad bin Syekh Abdullah bin ‘Alimul ‘allamah Mufti Syekh. M. Khalid bin ‘Alimul ‘allamah Khalifah Syekh. Hasanuddin bin Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari.
Seorang Wali besar Mufti Kesultanan Indragiri Syekh Abd Rahman Shiddiq, berpendapat bahwa Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah keturunan Alawiyyin melalui jalur Sultan Abdurrasyid Mindanao.

Karomah Abah Anom 6

13 Ahli Psikology Terkunci Diri Sendiri

Terdapat terus-menerus para penziarah menziarahi Abah Anom di Suryalaya, Tasikmalaya , Jawa Barat, Indonesia bagai kan 'Place of Interest' di Singapore. Jika lihat sahaja di pekarangan kompleks Pondok Pesantren Suryalaya terlihat beberapa bas 42 seaters atau van-van kecil teratur kerana para penziarah yang tidak putus-putus dari dalam negeri walaupun di luar.

Seorang ikhwan lama Singapura, bernama Tuan Haji Yusope Bin Wanjor telah menceritakan bahawa kunjungannya ke Suryalaya dalam tahun-tahun 80han, ada kejadian, beliau berkata : Semalam saya baru pulang dari Suryalaya bertemu Abah, ada cerita yang saya nak kongsi.

Biasanya selepas Maghrib, Abah tidak bertemu dengan para tetamu lagi kerana sehari suntuk sejak selepas solat Subuh beliau duduk dengan para tetamunya. Biasanya selepas Maghrib hingga jam 9 malam lebih, Abah akan duduk bersama keluarganya di pekarangan keluarga yang terletak di hadapan kamarnya.

Kelmarin, Abah di datangi tetamu pada jam 11 malam dari rombongan Universiti Bandung, 13 orang semuanya. Mereka bermati-matian ingin berjumpa dengan Abah, padahal pengawal Pondok Suryalaya sudah khabarkan bahawa Abah perlu rehat , tunggulah esok sahaja selepas Subuh, namun mereka berdegil.

Pak Jenal ( Kiyai Zainal Abidin ) di panggil untuk uruskan para tetamu yang tidak mahu berganjak dari permintaan mereka. Sebaik sahaja Pak Jenal tiba berhadapan dengan mereka, mereka kesemuanya ( 13 orang ) mengunci Pak Zenal dengan ilmu psikology yang mereka pelajari dari Universiti Bandung. Rupa-rupanya mereka adalah pakar dan doktor dalam bidang ilmu psikology di universiti tersebut. Mereka menyangka Pak Jenal itu Abah Anom .

Cerita ini saya perolehi dari Pak Jenal sendiri pada keesokan harinya, kata Pak Jenal : 'Waktu saya di kunci terpaku tidak dapat bergerak langsung, tapi sempat saya berzikir khafi, ketika itu terasa ada bantuan dari Abah yang berada dalam kamarnya sehingga terasa kuat bantuan itu sehingga ianya dapat memecahkan kunci yang meliputi diri saya'.

Selepas Pak Jenal dapat memecahkan kunci tersebut, kelihatan 13 orang yang mengelilingnya itu pula yang terkunci , sehingga tidak ada harapan di sedarkan semula. Pak Jenal langsung mengambil air dari Abah untuk di sapukan ke wajah-wajah mereka agar mereka dapat sedar semula.

Sebaik sahaja, mereka sedar mereka menangis tobat, minta ampun dan berhasrat untuk menunggu Abah selepas solat Subuh esok untuk mengambil baiát darinya.-tamat kisah

Ayuh teman-teman ! ambillah zikrullah dari Abah Anom, sebab di sini ada Surya Ilahi ( Suryalaya ) dan telah ditentukan ianya sebagai Tasik orang-orang Melayu minum darinya ( Tasikmalaya ) atau ambil dari para wakilnya yang banyak di Nusantara Melayu, sama juga baliknya.