Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Wednesday, October 31, 2007

Kitab 'Lambang Terukir' Dalam Mengisahkan Riwayat Hidup Habib Noh Bin Muhamad Alhabsyi Yang Syahir


Dalam usaha mencari dana untuk Masjid Al'Firduas- tempat Ustaz Md Ghouse bertugas, beliau telah menulis dan menyusun sebuah buku sejarah seorang tokoh yang tak asing di dunia Islam Nusantara kita iaitu Habib Noh Bin Mohamad Alhabsyi. Buku ini bernama 'Lambang Terukir' mengisahkan riwayat hidup Habib Noh yang Syahir.'

Ustaz Ghouse mengambil masa selama 3 tahun untuk membuat kajian dengan bantuan para habaib tempatan, perpustakaan negara, tukilan akhbar lama, serta nasihat Mufti Negara. Buku ini dikatakan buku pertama yang dicetak secara lengkap riwayat hidupnya, yang berpandukan tulisan asal cicit Habib Noh yang bernama Sayyid Abdullah Al-Attas yang kini diminta agar para pembaca mendoakannya kerana sakit tua dan keuzuran yang berpanjang...alfatehah.trmksh

Buku ini yang berharga $10/- ( singapura ) hanya dijual di Masjid Hj Mohd Salleh - Maqam Habib Noh dan Masjid Al'Firdaus di Jalan Ibadat. Kesemua hasil jualan ini 100% masuk ke dana Dakwah Masjid Al'Firdaus kerana percetakannya di taja oleh seorang dermawan tempatan.

Apabila ditanya kepada Ustaz Ghouse, bagaimana kajian dilakukan, beliau menjawab ' kesemuanya berlaku dengan kehendak Allah dan semua yang payah menjadi mudah.' Beliau menambah 'banyak perkara aneh berlaku ketika menguruskan kajian ini, antara yang aneh yang boleh diceritakan ada 3 perkara :

1 - Dengan kehendak Allah S.W.T kami terjumpa laporan akhbar dalam bahasa Inggeris dari 'The Singapore Free Press' yang di keluarkan pada 2 Ogos 1866-iaitu 6 hari selepas kewafatan Habib Noh. Kami muatkan ke dalam kitab ini beserta terjemahannya ke bahasa Melayu.

2- Dengan kehendakNya juga, satu faktor sejarah yang hampir pupus dari sebutan orang dan tulisan, kami terjumpa di buku ensiklopedia Sejarah & Kebudayaan Melayu ada menyebut mengenai bagaimana uniknya Habib Noh dilahirkan. Kami sebutkan dalam kitab ini juga.

3- Sedang kami sibuk menggali sejarah asal usul Habib Noh, seorang teman yang membantu kami dalam kajian ini, memberikan kepada kami silsilah asal usul keturunan kami.'
Secara kebetulan agaknya, Ustaz Abu Zaki Mohd Yusuf, imam eksekutif Masjid Hj Mohd Salleh di maqam Habib Noh, pada hari haul Habib Noh kali ke 145 iaitu pada 20 May 2006, juga mendapat khabar dari salah seorang keluarga AlHabsyi bahawa keluarga dari marga 'Khan Surattee' adalah dari keturunan yang baik-baik, secara spontan beliau mengukirkan 40 baris syair sanjungannya kepada Ustaz Mohamad Ghouse sebagai tanda gembiranya.

Begitulah lebih kurang penjelasan dari Ustaz Mohd Ghouse apabila ditanyakan mengenai buku manaqib habib ini. Wallahu A'lam

2 comments:

smaqmal said...

salam ustaz..boleh tak ana mendapatkan copy scan keratan akhbar 1866 tersebut...jazakallah khairan kathira

Anonymous said...

saya mempunyai maklumat tentang seorang wali yang pernah berjumpa dengan habib noh