Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Friday, April 2, 2010

Lambang Terukir - Edisi Kedua



Pada Sabtu 10 April 2010, kira-kira jam 3 ptg di pekarangan Maqam Habib Noh, buku 'Lambang Terukir' akan dilancarkan bagi edisi keduanya , demi untuk menampung dana Masjid Al'Firdaus. Harga jualan senaskah kitab ialah $12/- , TETAPI pada hari pelancarannya berharga $10/- sahaja. Dalam kitab ini terdapat tambahan informasi mengenai Habib Noh dan mukasuratnya bertambah hingga 81 mukasurat...seperti info ' habib arifiin dengan habib noh adalah adik beradik dari ibu yang berbeza'. Marilah rebut penjualan amal ini tanpa kamu sedari kamu telah beramal untuk dana Masjid Al'Firdaus 100% !-Ghouse

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz. Bagaimana saya boleh mendapatkan buku terbaru 'Lambang Terukir' kerna saya ketinggalan hadir di majlis pelancarannya.

Mohamad Ghouse Bin Mohd Saleh Khan Surattee said...

Siapa yang berminat untuk membeli buku 'Lambang Terukir', boleh mendapatkannya di Maqam Habib Noh atau di Masjid Al'Firdaus sahaja atau di tokoh Kedai Wardah Books-belakang Masjid Sultan.