Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Tuesday, April 2, 2013

Karomah Abah Anom 31

Pondok Pesantren Suryalaya adalah 'Mekah' bagi Pengamal Qodiriyah Sedunia'

Gambar : Sheikh Saiyid Hashimuddin Al- Geylani membaca doa ketika menziarahi Maqam Abah Anom qs

Salah satu karomah Abah yang tidak terduga ialah Pondok Pesantren Suryalaya telah menjadi semacam 'Mekah' bagi seluruh penganut Thoriqah Qodiriyah sedunia. Seolah-olah tidak sempurna amalan seseorang pengamal thoriqah Qodiriyah ketika ini jika dia mampu untuk menziarahi Pondok Pesantren Suryalaya tetapi tidak menziarahinya.

Sheikh Hasyimuddin Al-Geylani ( adik Sheikh Afeefuddin Al-Geylani ) ketika menziarahi Pondok Pesantren Suryalaya pada 12 Okt 2012. Beliau mengunjungi Suryalaya bukan atas undangan dan tidak diketahui maksudnya kesana, tetapi yang jelas beliau yang bertugas sebagai penjaga Maqam Sultanul Auliya di Baghdad, Iraq , juga sebagai mursyid Thoriqah Qodiriyah berkata kepada pengemban Amanah Pondok Pesantren Suryalaya- Kiyai Zainal Abidin : Tempat ini sudah menjadi 'Mekah' bagi seluruh pengamal Qodiriyah seluruh dunia'. Wal Allahu a'lam — Sheikh Hasyimuddin datang ke Suryalaya bersama Hj Dahlan Iskan yang menjawat sebagai Menteri BUMN. 

Rupa-rupanya hakikat perjalanan hidup Abah Anom benar-benar seperti Rasulullah s.a.w bukan sahaja dari sudut akhlak sahaja tetapi perjalanan hidup , pergolakkan cabarannya, zaman yang di hadapi, perjuangan dan hasil perjuangan semuanya hampir sama. Bermula dengan namanya Ahmad di mana bapanya Abdullah, zaman era ' Mekah yang banyak hadapi tantangan kaum Quraish Jahiliyah' sama dengan era Godebag yang banyak hadapi gerombolan komunis cara gerila, zaman itu Baginda s.a.w dapat kesejukan bersama isteri tercinta iaitu Siti Khadijah r.a dan Abah juga teraman bersama isterinya Ibu Uwis almarhumah. 

Kemudian perjuangan makin tertingkat dengan era baru era Madinah bersama Siti Aisyah yang bistari, begitu juga apabila era Godebag berlalu dengan kewafatan Ibu Uwis nama Suryalaya menjulang, Abah mula bernikah dengan Ummi dan banyak bersama Ummi yang sangat cekap. Apabila Baginda wafat di Madinah, Baginda meninggalkan untuk kita ajaran, sahabat terdekatpara ulama sebagai pakar rujuk dalam agama serta Siti Aisyah di mana Baginda pernah bersabda : 'Ambilllah ajaran agamamu dari Aisyah ini ', begitu pula apabila Abah wafat di Suryalaya beliau meninggalkan untuk kita amalan , para wakil talqin,  1000 lebih para kiyai dan para mubaligh TQN dan juga Ummi sebagai rujukan terkuat dalam apa sahaja urusan TQN...masya Allah...ini belum lagi menyenaraikan peristiwa peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi,..yang juga berlaku dengan kejadian yang hampir sama pada zaman Abah...satu kebetulan yang teratur ? atau penunjukkan dari yang Maha Mengatur ?

No comments: