Bukit Panjang, Singapura.
Kelahiran
Di lahirkan pada waktu Dhuha jam 11.11 min pagi hari Isnin 9 Oktober 1967 bersamaan 5 Rejab 1387 di Taman Jurong, Singapura Barat. Sebaik sahaja beliau berumur 40 hari, keluarganya berpindah menginap di 45 Ironside Road, Pulau Blakang Mati, sebuah rumah Bungalow , kemudian berpindah ke Blk 43, Ironside Road, Pulau Blakang Mati , kini lebih dikenali dengan Pulau Sentosa. Ini disebabkan bapanya Hj Mohd Saleh Khan adalah seorang tentera laut WO1 ' Resolution Of Singapore Navy' yang diberikan kemudahan menginap disana.
Di lahirkan pada waktu Dhuha jam 11.11 min pagi hari Isnin 9 Oktober 1967 bersamaan 5 Rejab 1387 di Taman Jurong, Singapura Barat. Sebaik sahaja beliau berumur 40 hari, keluarganya berpindah menginap di 45 Ironside Road, Pulau Blakang Mati, sebuah rumah Bungalow , kemudian berpindah ke Blk 43, Ironside Road, Pulau Blakang Mati , kini lebih dikenali dengan Pulau Sentosa. Ini disebabkan bapanya Hj Mohd Saleh Khan adalah seorang tentera laut WO1 ' Resolution Of Singapore Navy' yang diberikan kemudahan menginap disana.
Ada setengah orang mengatakan, tepat pada jam 11.11 min pagi hari Isnin waktu kelahirannya ( kini 11.41 min pagi ), seorang soleh di Hadramaut bernama Habib Hussein Bin Abdullah Al-Aidit meninggal dunia, pada hari itu juga Kiyai Romli di Lombok, Indonesia wafat pada hari yang sama...wa Allah A'lam.
Ustaz Ghouse pernah berkata : 'Antara jarak hari kelahiran saya dengan hari kelahiran Sheikh Abdur Rahman Ad-Diba'e adalah 506 tahun masehi genap, sedangkan jarak tahun kewafatan Sheikh Muinnudin Chisti dengan hari kelahiran saya ialah 754 tahun hijrah lebih sehari . Imam Hasan Basri dikatakan wafat pada tahun 728 masehi dengan tarikh 10 Oktober bersamaan 5 Rejab 21 hj....genap 1366 tahun jarak hijrah'
Peristiwa Yang Berlaku pada tarikh 9 Oktober :
1000 - Leif Ericson menemukan Vinland, sehingga menjadi orang Eropa pertama yang menjejakkan kaki di
Amerika Utara.
1446 - Alfabet Hangul diciptakan di Korea.
1740 - Pembantaian kaum Tionghoa di Batavia. Jumlah korban jiwa >10.000.
1944 - Perang Dunia II: PM Britania Winston Churchill dan Perdana Menteri Uni Soviet Joseph Stalin
memulai konferensi selama sembilan hari di Moskwa untuk membincangkan masa depan Eropa.
1962 - Uganda menjadi sebuah republik.
1967 - Che Guevara dieksekusi mati.
1970 - Republik Khmer diproklamirkan di Kamboja.
2004 - Pemilu demokratis pertama di Afganistan.
2011 - Sebastian Vettel menjadi juara dunia Formula 1
Amerika Utara.
1446 - Alfabet Hangul diciptakan di Korea.
1740 - Pembantaian kaum Tionghoa di Batavia. Jumlah korban jiwa >10.000.
1944 - Perang Dunia II: PM Britania Winston Churchill dan Perdana Menteri Uni Soviet Joseph Stalin
memulai konferensi selama sembilan hari di Moskwa untuk membincangkan masa depan Eropa.
1962 - Uganda menjadi sebuah republik.
1967 - Che Guevara dieksekusi mati.
1970 - Republik Khmer diproklamirkan di Kamboja.
2004 - Pemilu demokratis pertama di Afganistan.
2011 - Sebastian Vettel menjadi juara dunia Formula 1
Dikatakan kepadanya oleh datuknya, bahawa mereka mempunyai asal usul dengan sultan-sultan Islam di India. Pada tahun 2006, ada seorang ahli sejarah memberikan saya silsilah keturunan saya dimana ada antara nama nama moyang di atas , terdiri dari sultan sultan di India. Silsilah ini menunjukkan bahawa keluarga 'Khan Surattee' berasal dari Maulana Muhamad Khan Surattee ( wafat di Surakarta ) bin Maulana Ali Murtadha ( juga dikenali dengan Raden Santri yang wafat di Pattani ) dimana mereka semua adalah keturunan Amir Abdullah Khan Bin Abdul Malik Al-Azamat Khan yang berhijrah ke India, Abdul Malik adalah sepupu Faqih Muqaddam - seorang wali Allah yang besar di Hadramaut.. Wallahu A'lam bis sawaab !
Diceritakan ibunya Hjh Salmah, bahawa selama 4 tahun mendiami di Pulau Sentosa, tanpa disedari Ghouse tidur di atas katilnya ( kasurnya ) di mana terdapat seekor ular sawa 'bertapa' di bawah kasurnya. Ular itu seolah-olah tidak mahu keluar dari situ, jika tidak dibongkari katil itu untuk urusan pindah , sudah tentu tidak akan diketahui langsung wujudnya makhluk itu dibawah katilnya. Hari mereka mengemas katil itu untuk berpindah, barulah ular itu keluar perlahan-lahan seolah-olah sudah terlalu tua. Nasib baik ular itu tidak lapar selama 4 tahun itu kan....
Alam Remaja
Kira-kira pada tahun 1972, mereka sekeluarga berpindah semula ke tanah besar Singapura. Mereka tinggal di Toa Payoh Blk 147 Lorong 2 # 428A ( Central Singapura ) selama 13 tahun lamanya. Kemudian beliau sekeluarga pindah ke Tampines, Singapura Timur dengan alamat Blk 254 St 21 #02-478. Beliau mempunyai rumah sendiri di Bukit Panjang, Singapura Barat, selepas berumah tangga pada 5 September tahun 1998.
Beliau mula menerima pendidikan tadika ketika di Toa Payoh berhampiran dengan rumahnya iaitu di Kho Chuan Kindergarten School ( setahun sahaja pada zaman itu ) iaitu pada tahun 1973. Kemudian beliau masuki sekolah rendah Balestier Hill Primary School dari 1974 hingga 1979. Sekolah Menengah ' Whitley Secondary' dari tahun 1980 hingga 1984.Mulai disinilah Ghouse belajar membuat pilihan untuk mewarnai hidupnya.
Apabila ditanyakan kepada Ghouse, bagaimana hidup remajamu sejak sekolah rendah hingga menengah , beliau berkata :
'Saya nampak benar bagaimana Allah s.w.t menguruskan saya dari awalnya hingga hari ini, dahulu saya amat berminat dengan 'seni' musik ( paman-pamannya adalah bekas kugiran Norjawan generasi pertama ) , lalu perlahan-lahan 'seni' itu berpindah ke 'seni' sukan bolasepak, kemudian perlahan-lahan bertukar lagi kedunia 'seni' persilatan dan akhirnya semua cita-cita dan minat saya dalam bidang seni-seni ini 'hangus' kerana di sambar petir Iradat Allah s.w.t, kerana 'Dia' ingin saya dekat denganNya menerusi 'seni ma'rifat' sehingga hari ini.'
Dari Sekolah Sekular ke Madrasah
Pada tahun 1985, sebelum mendapat result GCE 'O' levelnya, pelajar teknikal dari aliran express ini, langsung membuat permohonan untuk memasuki Madrasah Aljunied Al-Islamiah. Ini disebabkan kecenderungan pada agama dan kerohanian sudah mula dirasakan sejak sekolah menengah lagi. Madrasah ini cukup terkenal sebagai madrasah yang paling utama dalam menghasilkan para ulama Nusantara kita. Mereka-mereka yang tidak ada asas agama tidak mungkin dapat masuk ke madrasah ini. Anehnya berkat doa para guru , Ghouse diterima masuk langsung walaupun tiada asas agama ketika itu , dengan syarat beliau dapat mengejar segala kekurangannya selama 6 bulan pertamanya. Begitulah kata-kata 'Ustaz Jasin' yang memberikan beliau peluang menduga bakatnya di madrasah hebat ini ketika temuduga.
Alhamdulilah, sekali lagi, hanya dalam masa 6 tahun, Ghouse dapat menyelesaikan pengajian di madrasah tersebut yang biasanya perlu melalui 12 tahun oleh murid-murid lain. Beliau lompat kelas sebanyak 4 kali lebih kurang atas 3 sebab ; kecemerlangannya dalam peperiksaan dan juga umurnya yang lanjut jika di bandingkan dengan para murid sedarjahnya. Bayangkan, beliau masuk ke darjah 2 sedangkan umurnya sudah mencapai 18 tahun. Beliau dikira murid yang cemerlang kerana tidak pernah menduduki posisi dalam peperiksaan dalam darjahnya melainkan tempat pertama dan kedua sahaja sepanjang 6 tahun di madrasah tersebut. Grade yang diperolehinya dalam kelulusan Pra-U 2 di Madrasah Aljunied pada tahun 1990 ialah 'Mumtaz Bimartabatis Sharaf'.
Beliau mula diundang untuk menyampaikan khutbah sulongnya di Masjid Khadijah , Geylang Road , ketika itu beliau masih berada dalam tingkatan awal as-thanawi ( secondary one ) di Madrasah Aljunied, Victoria Street. Selepas beliau meminta 'kelulusan' dari guru Fiqhnya Almarhum Sheikh Omar AlKhatib, beliau menyampaikan khutbah pertamanya pada tahun 1987, umurnya ketika itu sudah mencapai 20 tahun.
Pengalaman Di Mesir
Pada tahun 1990 hingga 1995 beliau diberi biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya ke Al-Azhar University, Cairo. Atas hikmah Allah SWT, keadaan di Al-Azhar sangat berlainan dengan cara penghidupan di tanah air dari sudut kemudahan air, elektrik dan pengangkutan awam. Ustaz Ghouse tidak dapat menamatkan pangajiannya dalam fakulti 'Lughah' (yang dipilih sebagai pilihan yang ke tiga ) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Universiti Al-Azhar. Surat permohonan dari duta Singapura ( Mr Teang Hye Deng ) dan surat dari Pejabat Mufti Negara Singapura ( Almarhum Ustaz Abdillah AlJufri ) telah diutarakan ke pihak Universiti Al-Azhar.
Namun pihak Al-Azhar tetap menolak permohonan surat-surat tersebut kerana berdasarkan hasil natijah kelulusan pelajaran 'Lughah' Ustaz Ghouse yang cemerlang Pra U 2 di Madrasah Aljunied. Kuliah 'Syariah' pilihan utama Ustaz Ghouse dan 'Syariah Wal Qanun' pilihan keduanya hanya menjadi satu impian belaka. Namun kemantapan ilmu fiqih yang diperolehi dan diambil dari Mujtahid Mazhab Sheikh Omar Alkhatib di tanahair sebelum ke Mesir sedikit sebanyak membentuk kesempurnaan dalam memahami hukum ahkam agama, membuatkan Ustaz Ghouse tidak terasa kurang dalam bidang Syariahnya.
Selepas berjumpa dengan para Masyaikh Mesir, akhirnya beliau meninggalkan Mesir dengan membawa semangat yang membara untuk meneruskan belajar walaupun ditanah air sendiri atau di dalam rumah sendiri.
Selepas berjumpa dengan para Masyaikh Mesir, akhirnya beliau meninggalkan Mesir dengan membawa semangat yang membara untuk meneruskan belajar walaupun ditanah air sendiri atau di dalam rumah sendiri.
Ijazah Di Mesir
Memandangkan Ust Ghouse harus menghadapi masyarakat walaupun pemilihan pihak Universiti Al-Azhar baginya dengan kuliah Lughah- tidak memuaskan, beliau kerap kali keluar dari asramanya mencari dan berjumpa dengan para mashaikh misriyyah ( ulama-ulama yang tersembunyi di mesir ) dan ambil dari mereka nasihat, doa dan juga setengah dari mereka wirid-wirid tertentu. Antara mereka ialah :
1-As-Saiyyid Sheikh Mohamad Zaki Ibrahim r.a
Ketika bertemu Sheikh Zaki sedang terbaring menghadapi sakitnya yang sekian lama dihadapinya. Beliau tidak boleh mendengar dengan baik, Ust Ghouse menulis hajat-hajatnya dan beliau membacanya dengan menggunakan 'magnifying glass'. Ust Ghouse mohon izin darinya untuk memakai salah satu pakaian rohani Sheikh Abu Hasan As-Syazuli yakni dengan membaca wirid 'Hizbul Bahr' kerana Sheikh Zaki adalah sesepuh thoriqah As-Syazuliyyah yang paling dihormati di Mesir. Sheikh Zaki seperti biasa membaca kertas hajat dalam keadaan berbaring- bangun dengan segala kepayahannya kerana mendapat makluman dari bacaannya bahawa beliau mempunyai tetamu dari jauh. Dengan di saksikan Ust Amran -muridnya dari Kedah, Sheikh Zaki memberikan izin kepada Ust Ghouse membaca HizbBahr, Hizb Bar, Hizb Nasr dan Hizb Khofa' sekaligus dengan sanad mutasil hingga ke Sheikh Abu Hasan As-Syazuli r.a.
2- As-Saiyid As-Syarif Abdul Majid
Seorang mursyid thoriqah Tijaniyyah, beliau memberikan izin Ust Ghouse membaca selawat Fatih, Hizbul Bahr pada 2 Jumaat yang berbeza di dalam Masjid Musa Bin Nusair ketika menunggu solat Jumaat- Hayyus Saab'i, Madinah Nasr.
3- As-Saiyid Ibrahim Ar-Rifa'ie
Seorang khalifah dan turunan As-Saiyid Ahmad Rifa'ie. Beliau memberikan ijazah atau izin untuk membaca Hizbul Hirasah dan beberapa wazifah-wazifahnya dengan sanad mutasil kepada Sheikh Ahmad Rifa'e r.a.Ini berlaku ketika Ust Ghouse bertemu dengannya di kawasan Hussein di dalam tokohnya.
4- As-Sheikh As-Saiyid Abdul Ghani bin Salih al-Ja'fari
Memberi kepada Ust Ghouse selawat azamiyah dan beliau melukiskan rajah silsilah thoriqah-thoriqah yang bercabang dari thoriqah syazuliyah.
5- As-Sheikh Abdul Hay, wakil Sheikh Mohamad Nazim Al-Haqqani.
Beliau telah memberikan keizinan kepada Ust Ghouse menerusi gurunya, Sheikh Mohamad Nazim Al-Haqqani untuk membaca HizbAd-Durrul A'laa.
6- As-Sheikh Mustafa Imbabi, Hussein, Qahirah
Selama 5 tahun di Mesir, Ust Ghouse mengaji Alquran dengan seorang buta yang duduk di dalam masjid Husein tiap pagi selepas solat Subuh sebelum ke kuliah. Sheikh ini mahir dalam qira'ah 14. Ust Ghouse sempat khatam Alquran secara talaqqi dengan qira'ah Sheikh Hafs an A'sim dengan Sheikh ini di mana beliau sendiri mempunyai sanad mutasil dengan Imam Hafs an A'sim.
7- Sheikh Nurudin AlBanjari, Masjid AlFatah
Sebelum pulang ke tanah air, ketika masih di Mesir, Ust Ghouse sempat bersama-sama pelajar Malaysia dan Singapura serta perlajar Indonesia berkumpul di Masjid Al-Fath ketika solat Asar pada hari Raya untuk mengambil darinya 'perbuatan salam' menerusi hadith muttasil ke hadrat Nabi s.a.w secara tabaruk dengan bersalaman tangan sebagaimana persis dilakukan Nabi s.a.w pada zamannya pada hari Raya dengan para sahabat r.a. Kami masih menyimpan sanadnya, salah satu rijalnya lewat Imam As-Sayuthi r.a.
Pertemuan Dengan Solihin Di Pakistan ( 1992 )
Dalam masa cuti kuliah, Ust Ghouse menziarahi para solihin di Pakistan dan berada di sana hampir sebulan.
Ketika di sana beliau sempat berjumpa, ambil amalan dan doa dari ;
8- Zinda Peer di Gamgol Sharif, sempadan Peshawer.
9- Peer Karam Shah di Bhera, Sargodha di University Mohamadiyyah Ghousiyyah
10- Seorang wali Allah dan Mursyid Thoriqah Qodiriyah di Gurlia Sharif.
11- Seorang wali Allah dan mursyid Thoriqah di Rawalpindi
12- Al-Muhadeeth Maulana Abdul Basheer di Anjuman Qamariyyah Sulaimaniyyah di Karachi, malah beliau menginap satu rumah dengan maulana tersebut sehingga seminggu lamanya.
Di Lahore, Ust Ghouse sempat menziarahi Maqam Al-Hujwiri ( penulis kitab Kashful Mahjub ) yang tidak pernah satu saat luput dari para penziarah, ketika dalam perjalanan ke Markas Minhajul Quran menziarahi Prof Dr Mohd Tahir Al-Qodiri, namun beliau tukar schedulenya harus segera ke Manchester dalam urusan dakwahnya.
Ijazah Di Singapura
Apabila sesudah pulang dari Mesir ke tanah air, Ust Ghouse mendapat ijazah sanad dan riwayat dari beberapa ulama dan setengah mereka memberikan ijizah hizb , antaranya :
13- Prof As-Saiyid Mohamad bin Alawi Al-Maliki.
Sebanyak 2 kali pertemuan ringkas ini di Masjid Ba'Alawi , Ust Ghouse mendapat beberapa perkara dari tokoh allamah ini. Kali pertama, sebaik sahaja tuan habib berjumpa dengan Ust Ghouse, dia menyuruh muridnya mencatat nama Ust Ghouse dalam daftar ijzahanya dan memberikan kitab 'at-taali'us saaid'- sebuah kitab yang telah dikumpulkan semua ijazah dan sanad serta riwayat dari semua para guru dan ahli sanadnya.
Kali kedua, iaitu kali terakhir beliau menziarahi Singapura sebelum wafatnya, tuan habib memberikan ijazah hizb nasr as-syazuli ( alharami ) dan semua aurad serta ahzab dalam kitab 'duruu' alwiqayah'-kini telah diterjemahkan oleh habib hasan al-attas. Yang anehnya selepas itu semua beliau minta Ust Ghouse membuka kacamatanya dan memberikan kepadanya. Kemudian beliau membuka kacamatanya juga dan membandingkan size keduanya dengan tangannya sambil bertanya dalam bahasa arab : kacamata siapakah yang lebih besar ? Ust Ghouse menjawab tanpa melihat dengan terperincinya ' kacamata kamu lebih besar'....Lalu dia memakai semula kacamatanya dan memulangkan kacamata Ust Ghouse.
14- As-Saiyid Al-Habib Hassan Al-Attas, Masjid Ba Alawi
Ust Ghouse menerima ijazah dari 4 orang dalam mengamalkan 'ayat 4' yang dimashurkan Panglima Saleh atau Kiyai Saleh di Batu Pahat. Salah satu dari 4 orang ini ialah Habib Hasan Al-Attas di Masjid Ba'Alawi. Sila rujuk Rajahnya jika berminat.
15- Habib Al-Idrus dari Surabaya
Ust Ghouse mendapat ijazah hizb Durrul A'laa lil Imam Ibnu Arabi dari Habib Idrus ketika beliau merawat di Singapura . Habib ini mendapat ijazah amalan ini dengan dua sanad. Satu sanad muttasil dengan sohibul hizb dan lagi satu sanad rohaniah dari sohibul hizb. Mengikut kisahnya, selepas beliau menerima ijazah dengan sanad muttasil dari gurunya, pada malam yang sama Ibnu Arabi datang dalam mimpinya dan mengijazahkan lagi kepadanya hizb ini. Anehnya, esok pagi guru yang memberi ijazah, ambil ijazah semula darinya dengan mengatakan ' sekarang aku nak ambil ijazah darimu pula kerana semalam engkau dapat langsung dari sohibul hizb Ibnu Arabi'. Habib Idrus ini terkenal dengan orang yang mempunyai tapak tangan kirinya tertulis Lafzul Jalalah sejak lahirnya.
16- Al-Muhtaram Ustaz Muhamad Feer Seena Rawther, Madrasah Aljunied
Semasa bangku sekolah lagi Ustaz Ghouse mendapatkan ijazah 'Wirdul Latif 'dari Ustaz ini dan beliau sendiri mempunyai 3 riwayat sanad yang berbeza guru yang akhirnya ketemu dengan sohibul wird ' Imam Habib Abdullah Al-Haddad.'
17- Habib Omar Bin Hafiz, Lor Marican
Ust Ghouse juga berkesempatan mendapat ijazah 'ta'liimu mutallim' dalam dakwah dari Habib Omar ketika beliau berkunjungan di Singapura. Silsilah sanad ijazah tersebut bersambungan sehingga ketemu dengan Habib Abdullah Al-Haddad, Habib Omar Al-Attas dan juga Faqih Muqaddam.
Renungan :
Kesemua ijazah-ijazah ini yang diterima Ustaz Ghouse dari 1 hingga 17 adalah sebagai 'tabarruk' sahaja dan ia juga merupakan satu amanah bagi Ustaz Ghouse untuk mempertahan 'nilai tradisi' sebagai produk dan menyebarkannya dalam bentuk 'modern packaging'.
Ustaz Ghouse pernah mengatakan beliau mengambil amalan 'zikrullah' serta 'khataman' dari Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyyah Pondok Pesantren Suryalaya sebagai 'maslak' ( pegangan asas ) dalam amalan Tasaufnya kerana :
1- Mursyidnya benar-benar mempunyai akhlak seperti Nabi s.a.w. Malah terlalu banyak peristiwa berlaku di pesantrennya secara kebetulan menepati akhlak Nabi dalam sirahnya.
2-Karamah mursyidnya benar-benar mewarisi karamah Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani , hasilnya ramai paderi kristian dan sami-sami hindu masuk Islam dengan karamahnya. Aneh lagi, Islam tidak bisa hidup di Bali tetapi para muridnya berkembang terus di Bali.
3- Lebih dari seribu kiyai, puluhan professor, ratusan para menteri, puluhan governor bukan sahaja menjadi muridnya tetapi mereka menjadi para mubaligh yang lantang menyebarkan dakwah Thoriqah ini. Antara yang terserlah ialah Almarhum Prof Abu Bakar Atjeh, Bapak Hamka , Prof Dr Harun Nasution dan lain-lain lagi.
4- Dalam kitab-kitab tasauf ada menyebut bahawa Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah adalah Sulthonut Thuruq ( Raja segala perjalanan rohani ) yang akan kekal hingga hari qiyamah.
5- Berkata Sheikh Ahmad Khatib Sambas dalam kitabnya bahawa 'barangsiapa tidak mendatangi kami atau naib-naib kami untuk mengambil zikri 'laailaha ilallah', janganlah dia menyesal dan menyalahkan sesiapa.'
6- Thoriqah ini adalah thoriqah yang terbesar di Nusantara kita, paling banyak ulama serta umarak menyertainya. Statistik rambang yang diambil pada tahun 1990 melaporkan para murid Abah Anom sudah mencapai 50 juta lebih.
7- Sejak diangkat menjadi mursyid , rumahnya tidak pernah sepi dari para pengunjung, purata setiap hari ada 100 para penziarah dan 30 hingga 200 orang ambil ijazah, tidak putus-putus hingga hari ini dan ketika rencana ini dituliskan juga ...bai'ah jalan terus....pohon yang subur sentiasa memberikan hasilnya...
Kali pertama Ustaz Ghouse tiba di Gerbang Pondok Pesantren Suryalaya pada tahun 1982, beliau terperanjat kerana ramai para pengunjung menziarahi Abah. Boleh kita katakan ketika berada di gerbang pondok itu yang penuh dengan bas-bas serta van, jeep....macam kita berada di car park Singapore Zoo atau Jurong Bird Park, ramai suara-suara orang , bunyian bas, kereta TETAPI semuanya meriah kerana 'Nur Irsyadi' dari s.a.w wujud disana.
Alam Berumah Tangga
Pada tahun 1994 ,17 Nov beliau bernikah dengan bekas pelajar Madrasah Aljunied yang dahulunya pernah sedarjah dengannya iaitu Ustazah Rohaidah Bte Md Jais. Menerusi perkahwinan ini beliau dikurniakan 4 orang anak -1 lelaki dan 3 perempuan....Saifullah Mubarak lahir 1995, Rabiatul Adawiyyah Khatoon lahir 1996, Raudatul Munawwarah Khatoon lahir 1999 dan Durratul Helyah Khatoon lahir 2006.
Tarikh 17 Nov 1994 juga, melambangkan satu sejarah di Singapura apabila pulau ini di datangi seorang Mursyid Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah dari Banten,Indonesia Barat- Sheikh Kiyai Musa Kazim dengan Pak Sukanto.Ust Ghouse sempat berjumpa dengan mereka berdua di tokoh kitab Sulaiman Mar'ee di Kandahar Street.
Bertugas Di Tanah Air
Beliau pernah bertugas sebagai pegawai eksekutif di Masjid Darussalam selama setahun iaitu tahun 1997. Kemudian bertugas dengan Masjid Al-Ansar dibawah pemerhatian Majlis Ugama Islam Singpura, pada tahun 1998-1999. Pada 17 Januari tahun 2000, oleh kerana beliau sudah berpindah ke Bukit Panjang, Singapura Barat, menjadi satu kepayahan ulang alik ke tempat kerjanya di Singapura Timur ,beliau diterima bekerja di Masjid Al'Firdaus di Jalan Ibadat, Old Choa Chu Kang Road sehingga blog ini dibangunkan.
Pegangan Agama
Dalam Aqidah , beliau mewarisi ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori Imam Abul Hasan Al-Asy'ari As-Salafi r.a -cucu Saiyiduna Abu Musa Al'Asy'ari r.a yang di gambarkan sebagai pemimpin bagi kaum yang disebut dalam al-quran surah Al-Maidah ayat 54 dari riwayat Hakim dalam kitab Mustadraknya
Mengikut Fiqih pula , beliau mengutamakan perjalanan Alimul Quraish Al-Imamul Jalil Muhamad Bin Idris As-Syafie, kerana mimpi Imam Nawawi terhadap Imam Syafie, yang diceritakan oleh Imam Nawawi sendiri, adalah satu kepastian perjalanannya adalah satu tanda ketepatan. Namun dapatan muktamad dari ulama As-Syafieyyah adalah jalan yang terbaik bukan hanya berpegang dengan nas Imam As-Syafie sahaja.
Dalam perjalanan rohani pula, Ust Ghouse memilih perjalanan yang muktabarah yang sudah tersohor lagi diketahui timur dan barat kepastiannya, iaitu perjalanan rohaniah Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir A-Jailani dan Sheikh Bahauddin An-Naqsyabandi. Beliau ambil zikir 'laa ilaha illallah' dari Mursyidnya Pengersa Abah Anom dari Pondok Pesantren Suryalaya, Tasikmalaya ( tasik orang-orang Melayu ), Indonesia Barat. Namun di tanah airnya sendiri, Ghouse menuntut perjalanan itu di bawah bimbingan wakil Abah Anom di Singapura Ust Hj Ali Hj Mohamad , pengerusi Masjid Khadijah, Geylang Road hari ini.
Harapan dari Ustaz Ghouse bagi Pembaca Blog ini
Sidang pembaca yang budiman, harapan dari Ghouse jika ada yang membaca ringkasan hidupnya ini , semoga di doakan baginya agar cita-citanya tercapai , berjaya mendapatkan Rahmat Allah dan menjadi manusia contoh bagi semua dengan berkat dan karomah al-fatehah..........
Sekian Dahulu, jika ada perubahan akan kami update kan nanti.
5 comments:
Pleas try to insert your picture please....
Assalammualaikum Ustaz,
Alhamdulillah melalui siri pencarian ceramah-ceramah agama buat menyinari hati ,saya terjumpa dengan siri-siri ceramah tuan dalam wirid.com. Memang semuanya adalah atas ketentuan dari Allah yang maha agung hingga ilmu-ilmu yang tuan tebarkan dalam ceramah tersebut seolah olah lampu yang menyinari kegelapan. Moga tuan terus berkarya dengan kerendahan hati sebagai hambaNya dan Insyallah mendapat ganjaran besar dari Allah S.W.T.
Salam,
Azman Mohd.Tamin,
Kota Kinabalu,
Sabah
Assalamu'alaikum Ustadz,
Saya berminat pada 'Ayat 4' di dlm kluaran blog Ustadz.Harap Ustadz terangkan atau bagaimana saya dapat
diijazahkan untuk mengamalkan 'Ayat 4'.
Sekian Wassalam,
Napsen
Tampines
Assalamu'alaikum Ustadz,
Saya berminat pada 'Ayat 4' yang disebutkan pada blog Ustadz.Boleh sekiranya Ustadz terangkan atau siapa dapat saya rujuk atau hubungi untuk diijazahkan pengamalannya.
Terima Kasih.
Wasallam,
Napsen
Tampines
salam ustaz...masyaAllah..sebetulnya saya yang terlebih dahulu mengunjungi ustaz..
Post a Comment