Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Friday, April 25, 2008

The Grand Saint Of Singapore



Alhamdulilah, pada hari ini, Sabtu 26 April adalah hari ulangtahun ( haul ) kewafatan Habib Noh yang ke 146 tahun. Pada hari ini unit Dakwah Masjid Al'Firdaus akan melancarkan jualan buku riwayat hidup Habib Noh dalam bahasa Inggeris dengan harga promosinya sebanyak $10/- senaskah ( hari ini sahaja ). Harga sebenar $12/-.
'The Grand Saint of Singapore' judul yang diberikan adalah terjemahan dari kitab asli dalam bahasa Melayu 'Lambang Terukir'.

Pelancaran buku ini di adakan di pekarangan maqamnya iaitu di Masjid Hj Mohd Salleh di Palmer Road. Ustaz Ghouse mengatakan, anehnya buku ini di hiaskan dari 'orang-orang' yang belum pernah beliau kenali sebelum ini dan mereka semuanya timbul dalam saat-saat terakhir bila terjemahannya perlu di semakkan.....dan mereka semua tidak mengambil satu sen dari usaha murni mereka, hanya Allah s.w.t sahaja pemberi yang maha mengetahui isi hati mereka betapa mereka cintakan para waliNya.

3 comments:

Unknown said...

I love your pictures, good blog!
I just hope you use Vista!

Mohamad Ghouse Bin Mohd Saleh Khan Surattee said...

Thank you. I'm using windows xp.

Unknown said...

Boleh tuan update senarai tariqah yang masih aktif di Singapura. Dan juga apakah "pembukaan" kepada mereka yang beramal dengan tareqat ahmadiah idrissiah, alawiyyah dan syattariyah