PENDEKAR SILAT TERPELANTING
Kami mendapatkan kisah ini dari seorang ikhwan Singapur yang melihat dengan mata kepalanya sendiri kejadian yang sangat ajaib ini. Beliau tidak mengizinkan namanya serta gambarnya di siarkan dalam blog ini.
Kira-kira pada tahun 1972, beliau sedang duduk-duduk bersama teman seorang dua dengan Abah di dalam madrasah, tiba-tiba pintu masuk yang berdekatan dengan tangga naik di tendang dengan sangat kuat sehingga terbuka pintu tersebut. Kata ikhwan ini , saya melihat seorang pendekar yang sangat hebat dan gerun kerana dia memakai pakaian pendekarnya yang lengkap serta benar-benar bersedia untuk menyerang.
Kata beliau, jika dia menuju ke Abah, saya rasa tenang sedikit tetapi jika dia menuju ke arah saya, habis semua cerita....! sambil berjenaka.
Abah dengan tenang menegur saya beserta teman disebelah : 'Ya jangan tengok, tutup matanya ( zikir ) khafi terus, bantu-bantu Abah...'
Pendekar ini kemudian menyeret kakinya kebumi pada setiap langkah kiri dan kanannya sambil membuka jurusan silatnya menuju ke Abah,...baru kami tahu bahawa dia memang berniat untuk menyerang Abah, tapi Abah dengan tenang duduk di tempatnya bersila sambil mengingatkan ikhwan untuk teruskan zikir khafinya.
Apabila, si pendekar ini dekat pada Abah kira jarak lagi 6 atau 7 langkah lagi, beliau terpelanting ke belakang dan jatuh rebah. Pendekar ini bangun semula dan membuat serangan keduanya, namun apabila sambil di lokasi yang sama tadi, beliau terpelanting ke belakang lagi. Semangatnya kuat dan buat kali ketiganya beliau bangun dan menguatkan jurusannya agat tidak gagal lagi. Apabila sampai ke lokasi atau garisan tadi, beliau terpelanting lagi dan terus pengsan.
Suasana sangat tengang tetapi zikir khafi sangat menenangkan. Abah memanggil petugas madrasah Almarhum Wak Din ( beliau juga adalah bekas pesilat dan berbadan besar yang telah berkhidmat dengan Abah sekian lamanya) untuk mengambil air untuk Abah membacakan dan untuk disapukan air tersebut ke muka pendekar yang pengsan itu. Sebaik sahaja pendekar itu di sapu Wak Din dengan air tersebut, beliau tersedar dari pengsannya dan terus menangis meminta ampun kepada Abah dan menyerah diri untuk menjadi murid Abah. Kemudian Abah mentalqinkannya zikir dan beliau menjadi ikhwan. Kurang pasti samada beliau ini masih hidup atau sudah pulang kerahmatullah.
Semoga Allah swt membantu terus kepada para hambaNya yang menjalankan amanah untuk hidupkan amalan zikrullah yang diperolehi secara tradisi ini dari satu guru ke satu guru sehingga ke Kanjeng Nabi S.A.W yang kami cintai, Ameen...... inilah dia 'sunnah' yang kita pertaruhkan pada akhir zaman...bukan mazahirnya sahaja tetapi jawahirnya.
Gambar sisipan adalah ilusteri sahaja bukan sebenarnya.
No comments:
Post a Comment