Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Friday, September 30, 2011

Karomah Abah Anom 25


Mimpi Nabi Isa A.S , akhirnya jadi murid Abah

Kira-kira pada awal tahun 2000, Masjid Khadijah di Singapur di datangi Ikhwan dari Jakarta dan beliau di beri peluang untuk menceritakan asal usulnya dan bagaimana akhirnya jadi ikhwan atau murid Abah. Nama dan identiti penting beliau tidak dapat kami umumkan disini. Beliau berkata...lebih kurang maknanya :

Saya berasal dari keluarga India yang kuat mengamalkan agama Hindu di Jakarta. Saya mempunyai nasib yang baik sebab tiap kali para sama ber 'istikharah' untuk memilih dan melantik tukang buat patung ( tuhan ) , nama saya yang selalu keluar. Sehingga banyak kuil-kuil di Jakarta , saya yang buat. Saya lah orangnya yang tahu bagaimana untuk mencorak tubuh patung sembahan itu , bagaimana jarinya, yang tergengam , yang terbuka, giginya yang mana satu di taring kan dan yang mana satu di ratakan.........semuanya ada makna yang dalam , mengikut kepercayaan orang Hindu.

Agama tidak pernah menjadi keraguan dalam hidup saya sehingga detik dan waktu bila ayahanda kami meninggal dunia, saya lah anak yang sulong yang harus mula meletakkan api untuk membakar jasad ayahanda kami. Selepas upacara pembakaran, saya mula meragui agama Hindu, jiwa saya mula tertanya-tanya sehingga kebingungan, bingung yang amat sangat. Pada ketika itu saya memohon dengan Tuhan Semesta Alam untuk menunjukkan jalan keluar bagi pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat dijawab. Dalam agama Hindu, Tuhan Semesta Alam itu adalah tuhan yang paling Agung dan dialah yang menjaga semua ratusan tuhan. Tuhan Semesta Alam ini , mengikut agama Islam ialah Allah SWT.

Selepas bermohon kepada Tuhan Semesta Alam, jiwa saya rasa tenang sedikit tetapi pertanyaan-pertanyaan dari jiwa masih belum terjawab. Akhirnya saya tinggalkan agama Hindu kerana merancang untuk mengkaji agama lain. Saya berniat untuk kaji agama Buddha & Kristian , tetapi tidak terlintas untuk mengkaji agama Islam sebab perbuatan orang Islam sudah cukup membuktikan kesesatan mereka. Jauh sekali agama Islam dalam senarai kajian saya.

Saya masuk ke agama Buddha agar lebih jelas memahami ajarannya sekian lamanya, namun pertanyaan dari jiwa saya masih belum terjawab. Kemudian saya masuk agama Kristian, sekian lamanya tetapi kegelisahan dalam jiwa masih ada. Saya mula bingung semula selepas kedua-dua agama ini tidak memberikan kepuasan dalam hidup saya. Saya mohon kepada Yesus agar berikan pertolongan terhadap masalah yang merosakkan hidup saya ini.

Pada satu malam yang indah saya bermimpi Nabi Isa a.s datang dalam mimpi saya. Baginda seolah-olah memahami apa yang menimpa saya, baginda menghampiri saya dan langsung memegang dada saya dan membacakan sesuatu yang saya tidak dapat memahaminya. Ketika itu saya terasa tenang dan bahagia sehingga air mata menintis...seolah-olah baginda memasukkan cahaya itu ke dalam dada saya. Belum sempat saya ucapkan terimakasih kepada baginda, baginda telah pergi tanpa menyebut satu perkataan atau satu pesanan pun kepada saya.

Apabila saya bangun, saya menangis kerana ketenangan yang sangat dekat itu terasa jauh, pasti akan hilang, dan pasti bingung akan datang lagi. Saya bertekad untuk melihat kepada kefahaman orang Islam mengenai Nabi Isa ini, disinilah saya mula memandang agama Islam. Selepas beberapa kajian dan beberapa tahun saya masuk agama Islam. Saya merasakan ada sesuatu dalam agama ini yang boleh menjawab atau menenangkan jiwa , tapi masih tidak ketemu sekian lamanya, sehingga teman saya yang bantu memasukkan saya ke agama Islam ini berpesan kepada saya bahawa..' jangan masuk ke masjid lain untuk solat, hanya masjid ini sahaja Islam...' Nah , disini saya tersentak dan mula bertanya kepada orang lain... kenapa ada perbedaan antara masjid ini dan masjid lain...baru saya tahu yang saya sudah termasuk ke agama Qadyani ( Ahmadiyyah ), akhirnya saya tinggalkan kepercayaan yang dipulaukan oleh seluruh umat Islam Indonesia dan langsung mencampuri mainstreamnya.

Pada hari dan langkah pertama saya untuk masuk ke masjid mainstream, saya di takdirkan Allah masuk ke masjid yang sedang berzikir dengan suara yang keras tetapi sistematik, nadah mereka serentak dan sepadu. Ketika mendengar zikir itu hati saya bergelojak hidup semula , timbul ketenangan yang kuat, ketenangan yang sama saya pernah lalui dalam mimpi satu ketika dahulu dengan Nabi Isa. as. Sejurus selepas zikrullah, saya langsung bertemu dengan pimpinan zikir itu dan dia anjurkan saya bertemu dengan guru mereka.

Apabila saya bertemu guru mereka, itulah detik yang sangat manis dalam hidup saya , seolah beliau itu bapa saya, begitu mesra dan penuh dengan kecintaan. Itulah dia Abah Anom, saya ambil baiat dengan beliau dan saya mohon agar Abah mendoakan keluarga saya yang sangat kuat berpegang dengan ajaran Hindu. Selepas beberapa tahun, terbukti doa Abah sangat mustajab, hampir semua adik beradik saya (yang keras berpegang dengan ajaran Hindu ) sudah muslim melainkan ibu saya yang masih belum pada hari ini . Saya bersyukur kepada Allah kerana telah menjawab permohonan saya sehingga bertemu dengan agama yang betul di tangan seorang yang sangat betul dalam hal kerohaniannya. Profesi saya sekarang bisnes dengan permaidani dengan buatan tangan sehingga berkat doa Abah , saya mempunyai kilang untuk menguruskan perdagangan ini, dan bisa mengirim ke Masjid Khadijah ini.

Saya makin diperlihatkan karomah Abah setiap hari dan ramai jugak masuk Islam di tangan beliau. Sebelum saya ke sini, Abah berseloroh dengan saya, katanya,...kamu ini dulu membuat sembahan orang ( patung ), sekarang ini juga masih membuat bahagian dari sembahan orang ( sejadah ).....!

Selepas mengamalkan zikrullah hati saya makin tenang syukur dan saya ingin berpesan kepada para ikhwan Singapur, walaupun berjauhan dengan Abah, tapi dengan rajin beramal, pasti tercapai ketenangan yang sama.....saya dapat melihat sekarang ini bahawa agama selain Islam bukanlah sesat tetapi tidak complete, apabila orang Hindu jumpa saya dan mereka marah-marah kepada saya sebab meninggalkan agama mereka, saya katakan kepada mereka...... saya tidak tinggalkan agama Hindu tetapi saya upgrade kan agama saya dengan mengikuti agama Islam. Ini yang di ajarkan Abah kepada saya.- Sekian ringkas taklimat beliau.

Gambar sisipan adalah gambar permaidani di Masjid Khadijah yang ditempah buatan tangan dari Jakarta dari hasil usahanya.

Semoga Allah swt membukakan pintu hati mereka-mereka yang mencari kebenaran dan jalan kerohaniannya.

No comments: