Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Sunday, September 11, 2011

Karomah Abah Anom 19


Berkat Doa Abah - Hidupku Berubah

Manqabah kali ke 19 ini ditulis dengan penuh kesyahduan, jari-jari yang menaib ini tidak secepat semalam, Abah telah meninggalkan kita pada tanggal masehi dimana Pondok Pesantren Suryalaya dibangunkan iaitu 5 September. Telah perginya seorang yang tidak tidur selama 35 tahun pada awal kepimpinannya menjadi khalifah. Telah perginya seorang yang duduk terus menerus di atas kerusinya bersabar dengan fizikalnya selama 16 tahun di akhir hidupnya.

Beberapa tahun yang lalu, seorang pakar perubatan menawarkan perkhidmatannya secara percuma kerana ingin melihat Abah bangun berjalan, namun beliau menggeleng kepalanya sambil berkata : Jantungnya berdenyut bagaikan pemuda 25 tahun tapi fizikalnya lemah selemah seorang yang berumur 300 tahun. Isnin lalu Abah meninggal dunia tanpa sebarang penyakit dalam usia 96 tahun.

Alfaqir mengambil baiáh zikir pada tahun 1982 dalam usia 13 tahun di Maqam Syed Ismail, batu 8 Bukit Timah dengan Almukaram Ustaz Hj Ali di Singapura, tetapi lebih awal dari itu alfaqir sudah bermain-main dirumah beliau di Masjid Muhajirin di mana beliau adalah Imam Eksekutif Pertama atau MRO MUIS pada 1977, kerana mengikut bapa alfaqir Tuan Hj Saleh Khan Surattee yang aktif semasa pembinaan Masjid tersebut sehingga terbina disana dengan Almukaram.

Pada tahun 1983, alfaqir berpeluang ikut berangkat ke Suryalaya dengan keluarga, gembira terasa amat sangat , terutama apabila hajat kita untuk Abah doakan termakbul, sudah banyak terdengar di bibir-bibir para ikhwan hal demikian dan terjadi kemakbulannya, ada yang tak dapat anak, apabila Abah doakan kemudian dapat anak, ada yang sekian lama tak dapat jodoh, bila Abah doakan dapat, dan macam-macam lagi. Dalam bersiap-siap untuk berangkat, alfaqir mencari-cari hajat mana satu yang harus alfaqir tanyakan agar di doakan Abah, masih belum ketemu mungkin kerana usia yang masih muda.

Apabila mula berangkat di airport Changi, abang ipar alfaqir Hj Mohd Tahir yang tidak sempat berangkat sama ke Suryalaya berpesan ke telinga alfaqir,..'Ghouse minta Abah doakan faham bahasa Arab !...Alfaqir terasa gembira dan senang kerana ianya adalah satu permintaan yang sangat sesuai.' Pada ketika itu alfaqir masih di sekolah sekular Whitley Secondary School dan tidak ada sebarang asas dalam bahasa Arab, tetapi telah mula belajar bahasa Arab fe'lu maadhi dan fe'lu mudari dengan Almukaram Ustaz Hj Ali di rumahnya di Bedok Blk 543 ketika itu.

Apabila sudah berada di Suryalaya, alfaqir berpeluang memohon pada Abah agar Abah mendoakan saya agar faham dalam bahasa Arab. Apabila Abah mendengarkan hajat alfaqir itu, beliau terus berkata dengan penuh kegembiraan : 'Waah bagus niat itu', Ye Abah doakan''. Alfaqir turut gembira dengan kegembiraan Abah, kemudian Abah bertanya alfaqir : ''apakah sekarang kamu sedang belajar bahasa Arab ?'Alfaqir menjawab dengan spontan 'Ye dengan Ustaz Ali." Mendengarkan jawabannya Abah bertambah gembira dan menyebutkan... Ábah doakan'.

Selepas 2 tahun dari detik-detik manis itu, alfaqir beranikan diri memohon agar dapat menyertai pengajian di Madrasah Aljunied Al-Islamiah di Singapura - -sebuah sekolah yang sangat terkemuka dalam bahasa Arab yang hanya menerima penyertaan dari murid-murid yang sudah ada asas dalam bahasa arab.

Alhamdulilah, berkat doa Abah, alfaqir diterima untuk menyambung belajar di Madrasah Aljunied tanpa pendidikan asas dalam bahasa arab ketika itu . Satu perkara yang sangat mengkagumkan dan tidak pernah berlaku dalam tradisi Madrasah tersebut. Malah dalam 6 tahun sahaja, alfaqir dapat selesaikan semua peringkat pengajian di madrasah tersebut yang biasanya di lalui murid biasa selama 12 tahun sebelum tamat madrasah.

Berkat doa para solihin ini terbukti, sangat berkesan, apabila dibuka kan kefahaman yang luas dalam bahasa Arab sehingga pada tiap tahun alfaqir menyandang posisi pertama atau kedua di dalam darjah...tidak pernah posisi ketiga,....Alhamdulilah...

Lebih dari itu, alfaqir sangat tersentuh apabila berjaya dapat sambung belajar ke Mesir dengan biasiswa , ke Universiti Al-Azhar dan di terima masuk ke kuliah Lughatul Arabiah -bahasa Arab. Alhamdulilah, ni'mat kebersamaan dengan orang solih, manfaatnya jalan terus hingga ke hari ini dan mendapat pengetahuan dari kitab-kitab Arab secara santai pada hari-hari biasa hari ini...

Semoga Allah mencucuri Rahmat dan KeredhaanNya kepada Abah Anom- Hadratus Sheikh Ahmad Sohibul Wafa' Tajul Arifiin yang telah membantu menyelamatkan jutaan umat dengan doa-doanya serta karomahnya.

No comments: