Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Saturday, September 24, 2011

Karomah Abah Anom 23

Rombongan Ulama Datang Ke Abah Untuk Mencuba

Manqabah ini bersumberkan dari seorang ikhwan yang tidak mahu dikenali di blog ini. Beliau adalah murid Abah di Singapur , antara yang paling banyak melihat karomah Abah dengan mata kepalanya sendiri secara langsung dan bukan hanya menerusi mendengar dari orang lain.

Sehingga beliau tidak mempunyai ruang dalam dirinya yang mengkhuatiri kewalian Abah walaupun banyak para guru yang hebat-hebat beliau telah ketemui sejak zaman mudanya.

Selepas pemergian Abah, kita tidak seharusnya bersedih terus-terusan, malah kita seharusnya bersyukur kepada Allah terus-terusan dimana Allah sempat menemukan dalam hidup kita seorang 'wira' Nya yang sangat hebat ini, dan lebih dari itu belajar dan ambil zikrullah darinya.

Kejadian ini berlaku beberapa tahun sebelum tahun 1995 dimana Abah mula uzur . Rombongan itu terdiri dari para ulama / kiyai kebanyakanya dari Bandung dan juga dari berbagai tempat, kelihatan mereka sudah menyiapkan soalan-soalan masing-masing untuk ditanyakan kepada Abah, masalah-masalah fiqih dan sebagainya- yang rumit-rumit dan payah-payah agar Abah tidak berdaya menjawabnya selepas ditanya dan mereka merakamkannya, dengan ini sekaligus mereka boleh menjatuhkan intellektual Abah dan menyebarkannya. Bilangan mereka yang ada dalam rombongan ini kurang sedikit dari 100 orang.

Wakil dari rombongan ini memulakan kata-kata indah apabila sudah sampai berhadapan dengan Abah di Madrasah Suryalaya. Kata-katanya manis bak madu yang tumpah... bagaikan pembuka tirai bersilaturahim. Selepas itu Abah menyambut kata-kata aluan mereka, Abah turut menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka dan Abah jua turut perihatin maksud mereka ke Suryalaya .

Abah mengatakan bahawa ‘Abah masih belajar’ dan Abah mengamalkan apa yang diajar oleh ayahandanya. Suasana tegang bertukar jadi hening dan terharu hanya dengan beberapa kata-kata Abah yang merendah diri itu, mereka kelihatan melinangkan air mata mendengar ucapan Abah yang merendah diri, akhirnya mereka semua menangis dan minta Abah baiátkan zikir. Pada awalnya mereka bersemangat untuk bertanya dengan niat yang tidak baik tetapi bertukar menjadi insaf dan taubat.

Kejadian seperti ini sama persis berlaku pada zaman Tuan Sheikh Abdul Qodir Jailani qs apabila beliau didatangi 100 ulama dari Baghdad dengan niat mencuba kefahaman agamanya, Tuan Sheikh menjawab semua soalan-soalan mereka satu persatu sebelum mereka mula membuka mulut untuk bertanya. Nah, disini terlihat cara yang sama berlaku antara Abah dan Tuan Sheikh hanya Abah bertindak dengan cara yang berlainan dari cara Tuan Sheikh kerana beliau mengambil sikap merendah dirinya dengan Tuan Sheikh .

Semoga Allah SWT mencururi rahmat dan KeredhaanNya kepada Abah dan para wakilnya, kerana telah berpenat lelah dan bersusah payah membimbing umat ke jalan yang diredhaiNya.

Gambar sisipan adalah gambar Madrasah Pondok Pesantren Suryalaya, di mana semua para tetamu Abah di sambutin dan di situ juga mereka yang meminta bai'at akan di bai'atkan.

2 comments:

Nameless said...

Assalamu'alaikum Ustaz

Izinkan saya berkongsi sedikit tentang pengalaman keluarga saya tentang Hadhratu Sheikh Abah Anom.

Kira-kira lima tahun yang lalu, waktu kakak saya mengandung dengan anaknya yang pertama, selepas beberapa bulan dalam kandungan, para doktor mengatakan bahawasanya anak itu ada masalah jantung. Besar kemungkinan dia itu kalau dilahirkan tidak boleh hidup lama ataupun janin itu akan mati dalam kandungan

Saya, bapa saya dan beberapa orang ikhwan berangkat ke Suryalaya dengan Almarhum Ustaz Hassan Mustakim untuk meminta doa Abah.

Selang beberapa bulan, lahirlah anak lelaki itu yang pernah saya kirimkan namanya waktu Manakib di Singapura. Alhamdulillah lahir bayi itu tetapi memang ada masalah pada jantungnya.

Umurnya 10 hari sahaja, doktor membuat pembedahan atas bayi ini. Subhanallah, segala organ dalaman bayi ini tidak seperti orang yang lain. 1) Urat-urat jantungnya terbalik (yang saluran oxigen bertukaran dengan saluran carbon dioxide) 2) Dua bagian jantungnya yang di bawah tercantum 3)Anak ini tiada "spleen" 4) Ususnya yng besar dan kecil dan bukan berpintalan seperti orang biasa
Tetapi, Allah yang Maha Agung dengan Kebijaksanaannya itu, bayi ini tetap hidup.

Pembedahan keduanya dilakukan apabila usiana 11 bulan. Pada pembedahan ini, dibelah dadnya ditengah sampai ke bagian pusat kemudian melintang jadi parut daripada pembedahan ini menjadi bagaikan huruf "T" terbalik. Juga kesan daripada pembedahan ini, kesalahan doktor mengakibatkan "vocal cord"nya sepelah menjadi umpuh (parayse) yang menyebabkan dia hampir bisu. Tetapi takdir Allah serta doa para saudara mara serta Ikhwan yang pulang balik ke Suryalaya membawa air dari Abah, Alhamdulillah, sekarang nak ini sudah bisa berbicara.

Iniah sebagian dari keajaiban Allah yang saya percaya juga menjadi petunjuk yang Allah itu Maha Kuasa dan "Madad" dari Awliya itu sangatlan mujarab dan kuat

Mohamad Ghouse Bin Mohd Saleh Khan Surattee said...

Sebenarnya karomah Abah Anom dalam mendoakan wanita-wanita yang mengandung sangat banyak, kami masih menyimpan sebuah kisah di mana doktor sepakat dengan kajian dan scanning nya, bahawa bayi yang akan di lahirkan wanita tersebut pasti 100% cacat. Mereka bersegera memohon bantuan Allah menerusi doa para walinya dengan hanya mengirim sebotol air jampi. Akhirnya, anak itu dilahirkan, 1 bahagian pun dari tubuhnya tidak cacat, doktor tersenyap dan mengambil foto bayi tersebut sebagai bukti keanehan....!