Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Wednesday, August 17, 2011

Karomah Abah Anom 17


Hilang Suara Selepas Pembedahan
Haji Ya'acob bin Mohamed di lahirkan pada 25 Januari 1925, Sungai Pisang Kelantan, Malaya. Beliau adalah bekas seorang ahli politik dan diplomat. Beliau merupakan penyokong kuat kepentingan orang Melayu di Singapura memainkan peranan penting dalam memenangi sokongan orang Melayu kepada Parti Tindakan Rakyat ( PAP ) pada awal tahun 1960-an.

Haji Ya’acob mempunyai beberapa saudara-mara dari kalangan tokoh masyarakat yang terkenal. Keluarganya berpindah ke Johor apabila beliau masih bayi. Ibu bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 8 tahun, diikuti oleh bapanya ketika beliau berusia 12 tahun.
Haji Ya'acob berkhidmat sebagai duta pertama Singapura ke Filipina dari tahun 1969 hingga 1971,dan Pesuruhjaya Tinggi ke India dari 1977 hingga 1984. Pada tahun 1984, beliau menjadi duta ke Mesir, pelantikan beliau sebagai duta di Mesir berpanjangan sehingga April 1986, apabila beliau meletak jawatan kerana kesihatan yang kurang baik. Sepanjang tempoh beliau sebagai duta ke Mesir, beliau memberikan perhatian kepada keadaan hidup pelajar Singapura di Universiti Al-Azhar dan memulakan usaha mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah rumah pelajar untuk mereka.
Selepas pembedahan akibat kesihatan yang kurang baik, beliau kehilangan suara. Para dokter tiada mempunyai jalan keluar untuk menemukan jalan untuk mengeluarkan suaranya semula. Wira yang kuat membangkitkan semangat rakyatnya dengan suaranya itu, tidak putus asa berusaha memulihkan kesihatannya sehingga beliau di tunjukkan untuk bertemu dengan Abah Anom di Suryalaya.
Ketika di Suryalaya, Abah berpesan kepadanya agar membaca Alquran dengan menggunakan pandangan sahaja, nanti suaranya akan timbul dengan izin Allah. Hají Ya’acob mematuhi tunjuk ajar Abah Anom dan akhirnya suaranya keluar semula.
Pada bulan Ogos 1989, Haji Ya'acob mengalami serangan jantung di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau kemudiannya meninggal dunia kerana leukemia di Hospital Besar Singapura pada 11 Oktober 1989, pada usia 64. Beliau meninggalkan seorang isteri Hajah Hasmah binti Awang, tiga anak lelaki dan lima orang anak gadis, dan 16 orang cucu. Beliau telah dikebumikan ditanah perkuburan Islam di Choa Chu Kang , Singapura. Alfateha...

No comments: