Panduan & Nasihat Sebelum Masuk Thoriqat

Para Pengunjung Budiman, bagi mereka yang berminat untuk masuk thoriqah, perlu sedikit sebanyak tahu beza antara kaca dan permata, dari jauh nampak serupa, tapi hakikatnya jauh berbeza, yang kaca banyak di sentuh makhluk dan tersebar sana sini dengan banyaknya, sedangkan yang permata adalah kurniaan Ilahi ( lanahdiyanalahum subulana ) dari ilham yang terkawal, bernilai lagi berguna, sebagai rahmat dari Maha Pencipta, mukjizat dari doa Baginda s.a.w.....'Sentiasa terdapat segelintir dari umatku berdiri tegak dalam kebenaran sehingga hari qiyamah'.


Berkata Tuan Guru Sheikh Ahmad Khatib Sambas r.a dalam kitabnya Fathul Arifin .


طريقتنا على عدد حرف " نقط جم " فمن لم يأتنا في زماننا لا بد يندم

'Thoriqah kami terdiri dari huruf N,Q,T,J,M, barangsiapa tidak mendatangi kami ( untuk ambil zikir ) pada zaman kami pasti menyesal".

N= Naqsyabandiyah, Q= Qodiriyah, T= Thoriqatul Anfaas, J= Juniediyah, M= Muafaqah

Kata-kata ini tidak lain adalah gambaran sebuah keyakinan yang sangat gitu yang beliau perolehi dari perjalanan rohani ini.

Ya , Segeralah cari para wakil Tuan Sheikh yang terdekat dengan kediamanmu, selagi mereka belum di ambil balik oleh Allah SWT.

Ingat pesanan Nabi s.a.w...aku tinggalkan selepasku bagimu 2 perkara selama kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Alquran dan Itrah ( Para Mursyid Mewarisi Amanah Dari Nabi s.a.w ).-sohih Muslim.

Adalah termasuk sebahagian dari ciri kesesatan dalam hal rohani jika seseorang itu tidak berjaya menemukan wali Mursyid ( yang betul ) dalam hidupnya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : Barangsiapa yang di sesatkan ( kerohaniannya ) maka tida akan dia ketemu Wali Mursyid ( atau pembantunya -Naasir atau jalannya- Sabiil ).

Sila rujuk Senarai Para Wakil Talqin Zikir dari thoriqah kami di Nusantara Melayu ( Sumatera, Jawa, Bali, Pulau Bawean, Singapura, Malaysia Timur dan Barat ). Awas jangan sampai terambil dari Mursyid Palsu yang menawarkan Thoriqah palsu dimana sebenarnya kamu belum dikira berthoriqah walaupun bertahun di dalamnya.

Tuesday, August 2, 2011

Karomah Abah Anom 2


MUKASYAFAH HABIB MUHAMAD BIN ALWI AL-MAALIKI R.A

Kisah ini diambil dari majalah nuqthoh terbitan yang no 9 tanggal 26 januari 2010 M, hal 32 dengan judul “Mengenal Abah Anom melalui pandangan batinnya” .

MENGAKUI KEMULIAAN ABAH ANOM Kurang dari 40 hari menjelang wafatnya ( 29 Okt 2004 m ) Beliau Sayyid Muhammad Al-Maliki ra. ( atau ringkasan Habib Maliki ) salah seorang santrinya asal garut bernama Kiyai Haji Dodi Firmansyah ditanya oleh almarhum. Kiyai muda asal Garut tersebut terperanjat saat al-‘alamah tersebut menanyakan sosok guru yang telah menanamkan kalimat agung dilubuk hatinya. Lebih terkejut lagi saat Ulama tersebut “tercekat” sewaktu disebutkan nama Syekh Ahmad Shohibul wafa Tajul ‘Arifin. Secara sepontan Beliau menyebutkan bahwa Syekh Ahmad Shohibul wafa Tajul ‘Arifin adalah Sulthonul Awliya fi hadza zaman ( Rajanya para wali zaman sekarang ) bahkan beliaupun menyebutkan Qoddasallohu sirrohu bukan rodliyallohu ‘anhu seperti yang kebanyakan disebutkan oleh para ikhwan. Walaupun secara dhohir Habib Maliki belum bertemu dengan pangersa Abah namun keduanya telah mengenal di alam ruhani yang tak dibatasi ruang dan waktu.-tamat terbitan majalah.

Habib Maliki r.a , sudah dikenalin ramai oleh para ''habaib atasan'' sebagai 'ulama' yang di jagain Nabi SAW. ''Beliau dan madrasahnya'' adalah ibarat ''Nabi dan dakwahnya'' di Mekah. Antara buktinya ialah, para pengajar di madrasahnya jika ingin pulang ke tanah air, harus menjalani beberapa wiridan dan selawat dan kemudian menunggu ísyarat' dari Nabi SAW samada boleh atau tidak kepulangannya. Biasanya Habib Maliki yang memberikan keizinan selepas beberapa hari permohonan dari sang guru, kadang kala sang guru sendiri bermimpi Nabi dan kadangkala ahli keluarga yang jauh di tanah air yang mendapat isyarat mimpi.

Keduanya, ketika Imam As-Sya'rawi sedang menghadapi nafas-nafas terakhirnya di Mesir, Imam Tafsir yang agung ini di katakan sempat berceritakan kepada anak-cucunya mengenai keindahan tempat kediamannya nanti di syurga, sambil melihat sambil bercerita ( ini bersesuaian dengan hadith nabi yang berbunyi..apabila seorang mukmin menghembuskan nafas terakhirnya, akan diperlihatkan kepadanya mahligai kediaman di syurga pada ketika itu ) ....kemudian Kanjeng Nabi SAW datang dalam pandangannya sambil berkata : 'Beritahu Fahad, jangan khuatir dengan keadaan Habib Maliki, sesungguhnya dia ( habib maliki ) tidak akan sekali kali dapat di mudaratkan oleh mereka-mereka di sekelilingnya'. Imam Sya'rawi sempat menyampaikan pesanan ini kepada orang terdekatnya, sebaik sahaja selepas menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka langsung menyampaikan kepada Raja Fahad, barulah kemurungan yang di hadapi Raja tersebut berkurangan. Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengembalikan kepada kita wira-wiraNya dalam bentuk yang berlainan mengikut keadaan dan zaman.

No comments: